Mar 4, 2013

+- 400m / +- 1300ft

Bukit Tabur, Taman Melawati

Dah lama tak panjat-panjat, (geng panjat-panjat ramai dah pencen). Nak panjat sorang tak berani pulak, kang kalau pacat 'say hi' sape nak tolong kuis dengan ranting?

Hajat tercapai bila adik bongsu cuti lama & terperap kat rumah..laju lah aku ajak dia 'jom tengok dunia' wah kau!macam tiba-tiba kipas-kipas tiket kapal terbang depan dia..padahal KL je. Lagipun,dia je yang rajin join aktiviti serap oksigen segar aku ni.

Malam sebelum tu terbaca pulak berita gerombolan student sesat satu hari tak dapat keluar dari bukit...alamak,spoil je. Nekad je lah..lagi pun mesti ramai hikers lain. yang penting berhati-hati, jaga keselamatan & tak boleh eksaited sangat.

Jam tujuh pagi dah keluar, tapi sebelum tu kitorang balun nasi lemak kangkung..sebelum bakar kalori, upah perut masing-masing dulu : )

Nak cari jalan tak susah, tapi sesat jugak la kitorang sampai bukit emas..jalan nak masuk memang takda signboard. Nasib auntie yang baik hati lagi peramah tunjukkan arah.

 

Disebabkan lama tak buat aktiviti macam ni, untuk sejam yang pertama banyak kali juga lah berhenti,semput..belum masuk berhenti bergambar lagi,bukti bergambar penting ooo..

Mula-mula berjalan, trek memang senang & clear...tak banyak sangat halangan,halangan yang ada pun lemak-lemak tepu aku ni je..masuk point kedua ketiga dah mula sesi peluh jantan betina memercik-mercik..nak kena panjat-panjat bukit batu!ala..gayat mak nak oi..

Tapi pemandangan dah mula cantik,masa tu tak tau nak happy ke tak sebab gayat belum habis lagi..ditambah pulak dengan kaki katik yang tak berapa nak membantu time melintas antara dua bukit,haish!Mulut tak berenti membebel, nasib lah adik aku rajin layan...


Bertembung jugak lah dengan hikers lain, tengok dorang siap pakai glove bagai..macam pelik juga, rupanya memang calar balar tangan hasil manjat bukit batu!belum kira mata masuk habuk batu lagi..adei,takpa-takpa..celup lotion sebotol lah gamaknya,1st time kot naik bukit batu..pasni nak kena makesure bawa bekalan keselamatan.


90darjah tau..memang rock climbing betul, terkial-kial kaki katik aku mencari tapak nak pijak.Seronok tak boleh nak cakap..pemandangan sangat-sangat awesome,empangan klang gate sebelah,sebelah lagi KL!neon dari highway..kereta berdesup-desup,ok tipu..nak tengok kereta berdesup-desup kat KL memang imaginasi ramai orang. 


Baca kat blog-blog cakap ada 6 point je..tapi masa aku naik ada dalam 13point!lepas point ke7 kitorang dah start garu-garu...ragu-ragu..ni betul ke trek ni?kot kang sesat macam student-student tu kang,dah pulak nak kena masuk tivi dengan muka selebet, busuk lagi..isk!

Nekad juga,terus je lah..lagipun nak kena perati sign yang ada kat batu-batu tu..dorang spray dengan cat merah..so,sambil jalan tu jangan lah nak melopong sangat. Sebelum kitorang, ada satu geng ni..siap dengan rayban & beg hiking, tapi ramah asal terjumpa kitorang je 'hey guys!'Kemain laju lagi dorang jalan..yelah-yelah..you guys banyak stamina,i ni je yang semput asik berenti-berenti..

Ntah point ke berapa ntah, kitorang terdengar bunyi-bunyian dari bawah bukit..alamak,tak kan ada menatang buas kot kat sini,serem-serem jugak..tiba-tiba 'Hey guys!'were lost lah...there's no map here...bla..bla..bla..lor,bebudak tu rupanya,haha..itulah masuk utan siap ber rayban,mana nak nampak sign..kan dah sesat.


Sampai puncak terakhir pemandangan dah macam kat korea plak..wah!berangan lagi kat sini.sirius!banyak pokok bonsai yang comel-comel..ni kalo mak tau ni sure dia suruh kitorang cabut jugak pokok tu bawak balik. Tapi balik nanti sure nak kepoh-kepoh satu rumah yang kitorang dah berjaya naik bukit yang awesome, so ambik jugak la sikit dahan-dahan bonsai tu,idup ke tak belakang crita.

Dekat 3jam (naik & turun) kitorang ambik, itu pun sebab aku berhenti-henti amik napas,amik air,amik gambar..turun sekejap je tak sampai 1jam pun,sebab lalu jalan hutan & dusun durian..tak payah daki bukit(kesian kaki katik aku).

Dah bye!

No comments: