Showing posts with label MJ. Show all posts
Showing posts with label MJ. Show all posts

Jul 22, 2009

Oksigen sikit!

Masuk kali ni dah lapan (belas) kali aku langkah besar - besar menuju ke Wash Room (kasi nampak canggih sikit memandangkan aku kena menapak jauh nak sampai kat bilik cuci ni) untuk menghembus keluar mukus yang menyumbat laluan utama sumber oksigen,

Merah - merah hidung tak berapa mancung ini...(masa di tadika, mereka suka buli kita...dengan menggelarkan kita 'badut', dan kita agak trauma ketika itu)



Dan apabila kita membesar, kita berkawan dengan badut dan badut kata, hidung kita cantik!sila lah cemburu pembuli pendek rambut kena gam 20sen, awak takda kawan badut!hambik ni...(ops!teremosi pulak..ok,sudah..sudah..berbalik kepada cerita sebenar)

Dan lagi...sebenarnya aku nak berterima kasih kepada arwah MJ...dia adalah salah satu sumber inspirasi aku untuk pandai hembus mukus..


Sila google sendiri video lagu ini - Beat it - Michael Jackson (lagu kegemaran tau...), dan perhatikan babak beliau selesai menyarungkan jaket merah untuk keluar, dan beliau berhenti sebentar di pintu, serta bergaya dengan gaya "inspirasi" aku.


Dan lagi..dan...dan...ai berapa banyak dan da...(done!)