Dapat panggilan "Kak yati (kakak ipar aku) nak bersalin dah". Segera bertolak jam enam setengah pagi. Pemandu?sudah tentulah aku dan hanya aku. Tiga jam perjalanan termasuk berhenti sarapan dan memandu perlahan membuntuti lori - lori besar (kena tahan la...ceramah mak kalau memotong laju - laju). Menunggu waktu melawat, dan akhirnya dapat melawat mak buyung dan si kecik yang tak mahu lagi keluar dari perut ibu dia.
Duit menjadikan orang tak berduit,
Renung dan menung - menungkanlah!!!
Ok, aku rasa mamat/tokey kedai kasut yang tulis ni memang kaki pau kawan - kawan kot...sebab prinsip dia duit menjadikan orang tak berduit, makanya dia mungkin tidak berduit kerana duit akan menjadikan dia tak berduit...Dan orang lain yang ada duit wajiblah belanja dia minum/makan. huhu, ada sesiapa yang sudi berkawan dengan dia?jika mahu sila lah ke pasar tani kuala lipis dan cari kasut besar warna merah.
Dan kami pulang ke Klang, Selangor pada hari yang sama kecuali mak aku, ayah dah culik dia bawa pergi kelantan... huuuwaaa!mak dapat shopping!!tidak!!
Terkini: Kakak ipar selamat melahirkan bayi lelaki jam lapan pagi (13 July 09), Akhirnya si kecil keluar untuk melihat dunia...Alhamdulillah.