Showing posts with label fifak. Show all posts
Showing posts with label fifak. Show all posts

Oct 2, 2009

Betul kata cicak?

Pernah dengar tak ayat tu?bila si polan A sedang berkata-kata dengan si polan B,C,D,E....Z(mengenai auta,auta,auta atau fakta) dan tiba-tiba si cicak berbunyi, maka secara automatik kata-kata si polan A adalah benar. Kerana si cicak sudah membenarkan kata-kata si polan A...

Ya, bila nak guna ayat-ayat 'adat' tu memang orang tua-tua la yang selalu kena tuduh...Tapi apa yang betulnya kata-kata cicak tu?mungkin orang yang gunakan ayat "Betul kata cicak" tu faham bahasa cicak atau mungkinkah dia cicakman?

Bukankah cicak itu haiwan?haiwan yang mempunyai otak tetapi tidak mempunyai akal...dan kamu adalah manusia, yang Allah anugerahkan otak beserta akal. Dia nak juga cicak dia yang betul...(apa pasal tiba-tiba aku bebel petang jumaat ni hah...cicak?)


Oh ya, bila orang tua-tua kata jangan sesekali terjebak, nanti ketagih...ada benarnya (kadang-kadang orang muda-muda suka ingkar kan?)inilah akibatnya,bilamana aku mula terjebak dan sedang ketagih benda ni;