Pagi tadi aku pergi sini...
Layanan misi amatlah menghampakan (bukan semua,sorang je yang berlagak tak bertempat)...tak harap dilayan macam puteri raja pun, cuma bersopan bila melayan pelanggan (ya..pelanggan,kerana kami bayar perkhidmatan itu..maka layan kami seperti pelanggan, bukan pesakit hospital kerajaan), Doktor?memang sangat bagus..tapi disebabkan syarikat aku tak cover kat hospital ni, maka doktor bagi surat untuk pergi ke hospital kerajaan...Dan aku pilih hospital ini...
Dalam kepala ni dah macam-macam fikir. Sampai masa kat kedai pun, kat tangan tengah pegang surat khabar kosmo, aku pegi tanya lagi kat penjual tu "dik!surat khabar kosmo ada tak?" dan semua yang ada kat dalam kedai tu pandang aku semacam..aku pun pandang la dorg dua macam...(yang sebenarnya aku nak tanya surat khabar metro ada tak...)nak tutup malu punya pasal, terpaksa la aku beli jugak kosmo hari ini..
Doakan aku tak apa-apa ya!