Tadaaa!!nampak jeragat & jerawat tak?takda kan?sila lah makan tempe!eh..silap2,sila lah ambil gambar jarak dekat semasa bekalan elektrik terputus.
Dua gadis ini tiba-tiba mahu menjadi misteri didalam gelap, lantas mempercayai bahawa panahan mata mereka akan menghilangkan jeragat & jerawat dimuka aku..seram kan?
Lihat lah kesannya...terima kasih tummy trim!(jeragat ada kat perut ke?). Selesai memenuhkan memori talipon tangan cik kupu-kupu, kami segera keluar dari kegelapan untuk mencari keterangan(macam bagus je kan..cakap je la keluar dari rumah)

Ya, kami menonton filem ini malam semalam...bagi aku, jalan ceritanya mudah difahami, kelakar, sedikit ilmu agama & banyak ilmu cinta. Siriusli setiap kali aku menonton filem melayu, jalan ceritanya tak berjaya menarik minat aku dan menghampakan.
Dan kali ini Ahmad Idham telah berjaya membuatkan aku ingin ke panggung untuk menonton filem ini sekali lagi..(ok...tipu...mungkin selepas mendapat tawaran sesiapa yang bermurah hati nak belanja aku, kebarangkaliannya tidak ada)

Aku paling suka babak ini...kelakar ok!(marilah beramai-ramai kita puasa khatan...)