Plis..plis..plis..jangan mati dulu!
Setidak-tidaknya sehingga aku bertemu pengganti kau...
Bukan niatku tak mempedulikan kau selama ini...
Tapi dah takda tempat untuk kau di plag tambahan..
Mana nak letak dua pengecas talipon bimbit...
Mana nak cucuk plag kipas lagi...
Oleh itu, kau aku biarkan...
Lantas kau merajuk, menjeruk, mengecut sebegitu rupa..
Kan kita dah nak sambut aidilfitri ni?
Tak baik merajuk lama-lama tau...
Kau sahaja lah teman aku dirumah kongsi sekarang...
Sudah-sudahlah tu...
Nanti aku tapau GCB, makan depan kau ya?
Aku tak makan dalam kereta sorang-sorang tepi drive thru lagi dah...
Ok dah.
Eh, lupa...
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!