Showing posts with label projek keliling alam. Show all posts
Showing posts with label projek keliling alam. Show all posts

Jan 20, 2013

Semua anatomi sibuk merayap

AMARAN: ENTRI PALING TAK TENTU ARAH & TAK HABIS SEBAB EMO PASAL KAIN TENUN ASLI..HIHI,ALASAN...BLUEEWEEEKK!!BLOGGER DAH BARU TERUS TAK SELERA NAK UPDATE..KEPAM ENTRI BERTAHUN2..

Tada!merayap kat Medan & Danau Toba...terus jadi malas nak update semuanya, tak nak kerja dah kot...nak merayap!nak merayap!rebel..rebel..
(lama kot aku kepam entri nih)



Kali ni tujuan utama merayap sebab nak tengok adat istiadat perkahwinan orang medan & nak bedal semua makanan yang boleh dimakan...Kebetulan pulak kak rika (saudara aku) jemput kondangan kawen dia. Laju berdesup ler aku tempah tiket.


Cuti-cuti kali ni tak payah susah-susah nak cari supir & hotel, kitorang menginap je kat rumah pak maruto plus hakim dah sewa van untuk kegunaan semua. So, dah jimat belanja kan...senyum lebo!


Kali ni aku pegi dengan adik aku dua orang & sorang sepupu, Dari rumah naik Komuter sampai KL Sentral naik bas ke LCCT. Backpakers style ler kononnya nih..tapi siriusli jimat!aku pulak memang bajet tak berapa nak banyak,tapi cita-cita tinggi melambung tak hengat nak merayap keliling alam...

Pendek cerita kitorang sampai Medan jam 10.30malam dan rahmah & agus dah sedia menunggu. Terus je pegi jumpa pengantin kat rumah mertua dia sekejap amik gambar bagai & balik ke rumah pak maruto. Setakat yang aku tengok preparation dorang sama jugak macam kat malaysia. Pakai inai & hias bilik pengantin...Cuma kak rika buat kenduri kat dewan,so belum tengok lagi pelamin dorang.

Bangun pagi, pak maruto dah siap-siap belikan sarapan...kat atas ni nama dia Nasi Guring. bukan nasi goreng yang biasa tu, tapi macam nasi berlauk yang dorang bungkus bercampur dengan kuah & sambal. Pedas!!aku bukan tahan sangat pedas-pedas ni...so tukar lah konon-kononnya.

Ni nama dia luntong, sama macam yang ada kat malaysia cuma rasa dia lain sikit...Pedas minta nyawa!!jugak lagi, rupanya dorang memang suka makan pedas-pedas. Nak buat macamana kan, kat tempat orang tak boleh la nak memilih sangat..bedal je lah.

Lepas tu siap-siap nak gi kenduri kak rika, ops lupa...dorang dah nikah siang tu sebelum flight kitorang. Tak dapat nak tengok cara nikah dorang, tapi tengok kat gambar..dorang nikah macam kat dalam citer sinetron tu lah jugak...rugi tak dapat tengok live.

Dapat lah tengok persiapan dorang pagi tu..mak aih baju masing-masing tak nak kalah..kerawang-kerawang, labuci-labuci ,manik-manik segala bagai lah!meriah yu..kitorang je yang paling huduh agaknya...belum lagi tengok dorang lilit-lilit kat tudung nak jadikan bunga tu!kagum gila lah.


Lepas masuk je pagar nak ke dewan tu kagum lagi...penuh sepanjang jalan masuk tu dengan signboard macam kat atas ni, rupanya dorang bagi hadiah signboard tu...tak bestnya!memang la cantik sebab tulisan tu buat guna bunga (ada yang bunga hidup, ada bunga plastik) tapi kalau aku kawen nanti aku tak nak benda alah tu, bukan boleh buat apa pun. ececece..berangan jugak tu.




Masuk je dewan, kagum lagi...makdatuknenekayahmoyang,punyalah besar & panjang pelamin dia. Siap pelamin untuk parent dua-dua pihak lagi. Dah abes kagum, masing-masing gelabah cari makanan...macam kat malaysia juga, kenduri start tengahari & makanan keluar pun tengahari la.


Lapo meroyan dah, nampak pulak kuih-kuih atas meja, fuh lega...kuih-kuih pun lebih kurang macam kita je,rasa je yang beza. Sekelip mata je bakul ni kosong.



Ni rahmah & bf dia agus...mungkin kitorang akan ke medan semula untuk kondangan dorang ni pulak kot. Sepanjang kat sana dorang berdua ni la yang rajin bawak kitorang berjalan. Sanggup ambik cuti pulak lagi..thanx banyak2 uols!


Lama jugak la nak tunggu majlis mula...


Sebelum pengantin masuk ada tarian adat dulu...dorang iring pengantin sampai kat pelamin...lama la jugak,siap ada sajak pantun suma. Bahasa dorang la, yang kitorang kat tepi ni melopong je.


Kitorang tunggu sampai ke habis majlis...dapat lah tengok cara & adat orang sana dalam majlis macam ni.

Masa yang dinanti-nantikan...merayap sambil makan-makan!kitorang memang bertuah lah sebab ada sedara yang boleh tunjukkan apa yang nak dimakan,apa yang menarik nak tengok or buat.


Mula-mula cari apa yang famous kat sana...ayam penyet & jus apokat yang lazat nyum3 dan murah!jus dorang memang macam-macam ada,cuma tak sempat nak amik gambar sebab masing-masing tak sabar dah nak membaham. So, boleh kata makanan & minuman kat sana semuanya oleh diterima perut dan tekak.




Hari selepas kenduri, kitorang merayap kat danau toba pulak...tak sah la kalau jejak medan tak jejak danau toba kan. Tapi perjalanan nak sampai ke sini mashaallah lah jauhnya dari kota medan. Rasa macam nk pergi kelantan je dah...6-7jam!itu pun yang bawa kereta tu expert lah..tak berhenti pon.kalau berhenti-henti mau satu hari memandu. Yang pergi tu semua sedara mara..so, kepoh kecoh la macam biasa.


Sesampai je kat sana, kitorang terus cari tempat penginapan..memang banyak kat sana, memandangkan supir merangkap sedara aku dah drive berjam2 tanpa henti, kitorang sewa banglo sebiji (ada 5 bilik, macam homestay la) yang sangat murah, mungkin jugak disebabkan sepupu medan aku yang buat tawar menawar...biasalah, selalunya harga pelancong lain dengan harga orang tempatan kan.

Danau Toba dingin!kitorang sampai danau toba dalam jam 6pagi+-, bertolak jam 10malam+- (tanpa henti..bayangkan je la jah!). Nasib la bawak baju lebih,sepupu medan aku lupa pulak nak bagitau awal-awal yang kat sana dingin..waduh2.

Lepas rehat-rehat, sepupu medan aku carikan makanan sebab katanya susah sikit nak cari makanan halal kat sini. Walaupun ada yang pakai tudung, belum tentu dia islam. So, sesiapa yang melawat danau toba ni aku cadangkan makesure lah tourguide korang tau mana nak cari makanan halal.

Makanan pun telan sebab tak nak perut kosong je (tekak aku lah,padahal aku baham je semua..hihi)



Siap semua, kitorang cari boat untuk ke pulau tengah-tengah danau ni...pemandangan memang heaven lah..dengan angin dingin menyusup ke tulang belulang. Cari boat pun nak kena pandai,takut kena tipu even orang dari kota medan pun (senang cakap semua urusan kitorang kat sini,sepupu medan aku yang uruskan lah..kitorang tinggal nak menikmati je..hehe)

Naik boat nak ke pulau dalam 25minit tak silap aku la..sepanjang dalam boat tu memang mengadap air & pokok & gunung batu kapur keliling danau (sangat cantik ciptaan tuhan), tapi selain tu ada 'Samosir band'(kitorang yang bagi nama ni) yang akan hiburkan penumpang. Band ni terdiri dari budak-budak kecik seluar & baju koyak-koyak (psyco mungkin), mungkin anak or sedara tokey boat tu. dorang takda alat muzik...berbekalkan tapak tangan & peha je jadi alat muzik dorang. Lagu apa memang kitorang tak faham, memang menghiburkan lah.

Selesai buat persembahan, budak-budak ni bawak plastik keliling boat, kutip derma...lagi ramai pelancong lagi banyak lah dapat.







Inilah 'Samosir Band'. Comel & malu-malu budak-budak ni buat persembahan...ntah sekolah ke tidak budak-budak ni. kesian...


Boat ni akan lalu satu perkampungan, sepupu aku cakap pelancong kena baling syiling kedalam air & budak-budak atas sampan ni akan 'dive' kedalam air dan ambik duit tu guna mulut. Kitorang yang gayat tak pernah tengok ni pun apalagi..korek semua syiling yang ada, memang laju je dorang 'dive', jumpa pulak tu syiling tiap kali kitorang baling..tak kira arah mana pun dapat aje (tapi semuanya duit malaysia!kesian pulak kat budak-budak tu, dah tentulah tak boleh nak tukar tu...tak tau la kot kalau money changer dorang terima syiling)



Oh, masuk pulau ni kena bayar...aku lupa pulak berapa,tapi tak mahal lah. dan kat pulau ni memang shopping, shopping & shopping je lah kitorang. Dan ada perkampungan batak yang mana boleh tengok persembahan & rumah adat dorang.








Hari esoknya sebelum balik kitorang pergi jugak lah shopping kat pasar lama...dulu tempat ni pasar basah, tapi dah dijadikan pusat perniagaan kain-kain,baju-baju & etc lah. Nak shooping kat sini pun kena pandai - pandai tawar...biasa la tipu menipu tu memang banyak, so cara paling selamat bagi kitorang adalah dengan tutup mulut diam-diam,tunjuk je apa nak then sepupu aku lah yang tawar menawar...harga pelancong dengan tempatan memang berbeza sangat-sangat. Tapi kitorang pun takda lah nak memborong sangat pun..






Ini di'kata'kan kain tenun asli, sangat murah...siap bagi contoh kain untuk dirasa,diramas,dikeronyok,diremuk, tapi yang dalam plastik ini tidak boleh dibuka..boleh lah nak buat buahtangan untuk kawan,kawan,kawan.TAPI,bila dah beli cepat-cepat dorang ni cabut, masa tu takda lah kitorang nak saspishes sangat.

Selesai shopping terus ke airport...rupanya kain tenun asli dah serupa khemah camping!dah macam plastik,bak kata mak 'nak buat kain buruk or alas kaki pun tak layak'..

Gambar je...(tak rajin nak buat caption,but the picture speaks for itself..)







Apr 5, 2011

Kecoh kepoh bah!

Ekspidisi Dora the explorer lagi!kali ni merayap kat sabah bah...




Mar 17, 2011

Berlari di padang dan bukit tinggi

AMARAN! entri ini sangat panjang..Ya!sangat panjang...sila jangan baca jika tak nak buang masa...sebab aku memang nak buang masa korang ;)


Breathtaking view atau didalam google traslatenya hati melihat...

Ya...memang sejak dari dalam kapal lagi kami melihat keindahan alam ciptaanNya dengan hati yang kagum dan teruja!dan sudah tentunya lah kena lebih berhati-hati bila tiba disana...

Pergi berdua, maka berdualah kemana-mana pun...apa pasal aku cakap dah macam dalam hikayat merong nih?


Kitorang bertolak petang, flight jam 3+...semangat nak bercuti masukkan oksigen segar dalam otak dah tutup segala kemusykilan, keraguan, kecuakan (sebab pergi berdua, sepatutnya berempat)

Padang dan Bukit Tinggi tempat asal suku minangkabau...baik dari lapangan terbang mahupun stesen minyak semuanya atap minang. Perbezaan waktu di Padang lambat satu jam dari Malaysia. Jadi kitorang sampai lebih kurang pada waktu yang sama...

Dari dalam kapal dah heboh tanya orang sebelah, nak naik apa bila sampai nanti, makanan apa yang sedap, tempat apa paling menarik?bukan tak buat research sebelum bertolak..tapi tu lah, pegi gamble je kan...backpaking sangat lah kan.

Kat tempat orang tak boleh lah nak tunjuk heroin sangat...tapi tak boleh jugak ikut je apa orang kata..maka, tema kitorang 'Berdua lebih baik'...kemana-mana mesti berdua, tak kira lah ke tandas sekalipun.

Keluar je dari lapangan terbang, cari trafel macam yang makcik kerusi sebelah masa dalam kapal dan baru balik berubat gusinya di malaysia bagitau. Pakcik lecturer pun suruh naik trafel jangan ambil teksi sebab mahal..

Dalam lapangan terbang, kitorang duduk diam-diam..trafel tu apa?main teka-teka dengan makcik kerusi sebelah dan pakcik lecturer. Tapi satu pun tak betul...Jawapan dorang tetap trafel...haish...gawat sih!

Rupanya trafel tu van sewa...Dan boleh dikatakan semuanya toyota avanza, yang dorang gelar 'kenderaan seribu umat'. Rp300,000 untuk dihantar ke Bukit tinggi. Sebab kitorang memang dah plan untuk terus ke Bukit tinggi. Dua jam perjalanan..itupun jika tak macet! (macet = jammed)

Makcik kerusi sebelah mesti terlupa nak bagitau, yang supir/driver trafel bawak trafel macam kena kejar pak polisi!cilok sana,cilok sini..gue mau cilok oi!gue kasi honk sama lu tak berenti punya...dah macam scene cerita hindustan kecuali tak pakai tut tut lah...jalan nak ke Bukit Tinggi macam nak naik cameron highland...bukan jalan yang ada sekarang ni,jalan dulu tu!bengkang bengkok bagai.

Dah macam-macam surah lah kitorang baca, tapi time macet tu sempat lah snap gambar...yang atas ni rombongan sekolah...angkut dengan lori je bebudak tuh, kalau jatuh sorang tu nasib la...pandai-pandai la balik sendiri tahan trafel sesapa.

Padang kebanyakan banggunannya masih dalam proses pembaikpulih(betul ke ayat ni?),sebab gempa bumi yang lepas...tapi agak bersih kawasan sekeliling...dan kebanyakannya Islam..so,senang nak makan or solat

Masa dalam trafel bermulalah ayat-ayat manis si supir,tawar menawar pakej untuk bawak kitorang merata-rata sehinggalah balik...Rp1 juta 8ratus dorang minta. Hmmmm...yang kitorang ni belek-belek lah kitab (currency exchange tu lah,benda ni paling penting sekali, yelah dah duit dorang banyak lak kosong...konpius mak2!)

Macam ok je..sebab share dua orang...


Sebelum sampai ke Bukit Tinggi, si supir ni cakap nak bawa ke tempat yang jual kain-kain tenun/sulam original yang murah..Nama tempat tu Pandai Sikek (dalam bahasa, pandai sikat). Apalagi...kawan aku yang memang niat sebelum pergi lagi nak shopping memborong dengan sepenuh hatinya...aku pun tak nak kalah lah.

Memandangkan aku tak pandai sangat nak borong barang-barang sulam ni, sampai ke malam jugak la kitorang kat kedai tu,habis semua yang dalam almari..dalam plastik..semuanya kitorang bukak & punggah.

Lepas tu baru lah terhegeh-hegeh nak cari hotel...Rupanya hari libur (cuti) hotel kat Bukit Tinggi semuanya akan FULL!si supir dah warning dah masa memula naik trafel tu, cari hotelnya dulu mbak..baru shopping!hihi..memasing gayat nak shopping..hambik!

Serata hotel yang ada kat Bukit Tinggi tu lah kitorang pegi...(si supir yang tanyakan, kitorang dok dalam kete je...mem!), at last, jalan terakhir cari hotel kat padang...bermakna kena patah balik lah. Disebabkan si supir pun ada kondangan (kenduri) kat padang. So, ikut je la balik ke padang...Lagipun kan dah chartered dia dan kereta untuk tiga hari.

Dalam perjalanan balik tu singgah la restoran...sibuk shopping lupa nak makan, lagipun Bukit Tinggi dingin!tak rasa lapar sangat pun. Dorang akan kira mana yang kita makan je, bab makan aku tak kisah sangat..telan je mana yang boleh. Tapi memang sedap lah masakan dia.

Dekat jam dua belas tengah malam kitorang sampai hotel, Disebabkan kitorang pegi pun kejap je...maka,dua-dua tangan penuh dengan beg plastik hasil shopping. Dah siap berjanji dengan si supir..datang setengah jam sembilan pagi!(maknanya 8.30pagi)

Pagi tu, tunggu punya tunggu tak sampai-sampai plak si supir tuh...tapi yang semalam punya belum bayar lagi, so takda la cuak sangat...dekat pukul 10.30 tak sampai jugak lagi. Dekat dua jam la menyumpah seranah...hihi, orang tengah semangat nak berjalan ni si supir pulak buat hal.

Minta budak hotel tu call nombor si supir...tidak aktif mbak!haish...memang nak kena lempang bertubi-tubi budak yudi nih. Tak boleh tahan, kitorang minta tolong budak hotel carikan trafel lain...Rp350,000 je untuk 24jam minyak isi sendiri tu pun Rp100,000 je!!!tak guna punya yudi si supir..mahal gila dia nak charge.

Supir baru nama indra...agak gundut, sakit kaki yang makin lama macam makin tempang pulak dia jalan (motif nak minta belas kasihan ke apa tu), tapi bawak trafel..mashaallah,ashhaduallailahailallah lah!lebih kurang si yudi tak guna tu je...agaknya memang supir trafel ni ada training khas lah. Nasib la kan, yang penting selamat je..Lagu dalam trafel dia ada dua je sepanjang 24jam kitorang dalam tu, memang dah hafal lah, satu DANGDUT & satu ZIKIR ok...

Dia bawak berjalan-jalan sekitar Bukit Tinggi jugak...Masa lawat lubang jepun masa perang dunia ke 2,terjumpa hary si tour guide yang baik hati tawarkan nak tunjuk tempat-tempat best...upah RM10 je...
Mula-mula si hari bawak lepak kat cafe taruko yang ada pemandangan yang sangat-sangat awesome!Gambar kat atas ni nama dia tabiang takuruang (tebing terkurung). Ada sungai yang sangat sejuk mengalir kat bawah cafe ni...bayangkan je lah,malas nak upload gambar banyak-banyak...

Kat sini ada homestay untuk pelancong sahaja...kira tempat orang berduit la kat sini (orang malaysia ni dorang kata orang kaya)aku?kayap kot...kitorang tak makan kat sini sebab hary kata nak bawak kitorang makan itiek balado yang sedap.

Bergambar lah kitorang berdua..ko ambik gamba aku,aku ambik gamba ko.Tapi sejak dah ada hary dia dilantik jadi photographer jugak.

Masa nak bertolak pegi tempat lain tu lah si yudi tak guna supir 1st tu muncul..macamana dia boleh cari kitorang ntah...Apalagi kena la bebel dengan aku...aku pun kena bebel dengan dia jugak!haish...puas bertekak,kitorang bayar je apa yang dia nak.kena ketok la jugak.(DUIT...bukan ketok kepala...yang tu aku nak sangat buat kat si yudi tak guna tu..)

So, tema kitorang sejak dari tu "kesian kat diri sendiri sebelum kesian kat orang lain', malas nak kepoh-kepoh...dah la kitorang berdua je,so ambik je pakcik gundut kaki sakit tu..Hary cakap memang kitorang kena tipu pun, sebab mahal gila-gila charge dia...mungkin sebab dia tengok orang malaysia kan.(kan semua orang malaysia kaya!yeke?koma!)

Muncung 5Km aku hilang lepas si hary bawak jalan-jalan tengah lembah yang penuh dengan sawah...

Seluas-luas mata memandanglah..tak boleh nak nampak dalam gambar....macam lukisan yang aku selalu lukis masa sekolah rendah tu!ada dua gunung...satu jalan lurus...sawah padi!tapi yang ni real punya...

Rumah adat ni macam balai raya lah...dinding ukir sendiri,rumah takda paku..memang cantik lah.


Lepas tu kitorang lalu lembah untuk pegi ke puncak lawang...hary kata boleh tengok pemandangan paling cantik dari puncak tu. Perjalanan nak keatas tu lagi dora the explorer+adventure!Pakcik gundut kaki sakit tu tak ingat kaki dia sakit tu kot?

Sampai je atas..hujan!tak nampak apa-apa selain awan...penuh kabus,kira dah boleh buat video clip lah kat atas tu...takda rezeki...Tapi takpe sebab aku dah tengok dari atas kapal...memang awesome!awwwwwww....


Turun dari puncak lawang, kawan 'berdua lebih baik' aku dah mabuk-mabuk...banyak kali jugak lah berhenti. Sampai tempat makan itiek balado yang dikobar-kobarkan si hary tu.sangat awesome lagi pemandangan dia...

Restoran ni atas lembah...kat gambar tak nampak sangat kecantikan dia.bawah tu tempat orang main jeep tu..pekenamantah!

Makanan kat sini dorang masak guna kayu api...semua masakan marbeles lah,tapi itiek balado dah abes...ayam balado je yang tinggal.Baru nak heboh 1st time makan itik,haish...

Sebelum balik shopping jugak lagi..si hary jugak yang jadi tukang angkut beg -beg plastik kitorang yang berlambak tu. Kawan aku tak payah cakap la..jejak je kat sini terus segar bugar!tak mabuk lagi...hebatkan?shopping tu ubat segala penyakit...

Sepanjang kat sana aku menginap kat Diva Ikhlas...hmmmm,macam sangat kena kan?sediva-diva aku pun ikhlas tau!cuma masa bayar or bagi duit kat si yudi tak guna tu je aku tak berapa nak ikhlas...

Apa pun semuanya seronot!!!lepas ni keliling alam lagi...pastu buat entri bergambar panjang-panjang lagi..lepas tu aktiviti keliling alam kena berterusan lah!

Dah bye!