Showing posts with label sayang mak. Show all posts
Showing posts with label sayang mak. Show all posts

Feb 21, 2009

Siri bercakap dengan mak - ii

tut..tut..(ni kesan bunyi telefon bimbit mak aku)tut..tut..tut...(mmg kena tggu lama sebab mak sudah tidak mcm dulu maka dia rabun,tapi mak tetap best ok!).sesi mendail ini agak memakan masa tetapi haruslah bersabar kerana dia adalah mak.

Aku: hello,assalamualaikum sayang..(senyum lebar,mata kelip2 bajet comel)

Mak: waalaikumsalam sayang mak ke?(agaknya mak kelip2 mata jgk tapi kelip2 musykil)

Aku: mak watpe tu?tengok sinetron lagi ke?

Mak: sinetron tu apa?(macam biasa mak akan menafikan padahal dia adalah penonton tegar)

Aku: mak,bosan la duduk sini(bibir cebik2 walaupun mak tak nampak)

Mak: aik?selalu kalau duduk kat rumah klang tak pernah melekat kat rumah..tiap2 minggu bz berpoya2(fuh!!terus terang betul mak aku ni)

Aku: hmmm...mak jom kt keluar berpoya2 nak?

Mak: ok jom!meh balik sini amik mak..

Sebenarnya mak aku adalah kawan berpoya2 yang seronok disamping mak dapat menjadi poket tambahan aku..wah!kadang2 je ok.Tiada niat tersembunyi,cuma kalau jalan2 dgn mak aku bebas nak buat apa2 aku suka tanpa takut sebab mak nampak apa yg aku buat.(bukan nak buat jahat ok..cuma kadang2 orang lain tak boleh faham dgn kita,tapi mak yg lahirkan kita ni ada sejenis deria rasa tambahan yg tersendiri)

Maka sekarang aku rindu mak.