Hari ni darah tinggi datang menjenguk aku lagi lantas membuatkan aku pening lalat dan beliau kata kat aku, "ang pegi la balik tido!ang tak payah rajin-rajin sangat..bukan ada orang nak iktiraf ang pun,syoooh!syoooh!gi balik cepat!". Tiba-tiba si mata pun menyampuk sama, "ya benar itu!tak baik menyeksa si kepala, kesian kat dia.."
Dan aku jawab "yang ang sakit hati tengok aku rajin ni nape?masa aku sibuk ni la..ang nak jugak sibuk-sibuk jenguk aku,gi la kat kepala bos aku ke,kepala bos kepada bos aku ke...kepala dorg kan lagi banyak input nak difikirkan,lagipun dorg kan kaya,makan sedap-sedap, aku ni makan pun selalu miss...syoooh!syoooh!blah la ang..ada hati nak halau aku balik tido lak"(yang sebenarnya mula memikirkan cadangan bernas si darah tinggi tu...)
Nota kaki: ini bukan delusi...sila jangan ganggu perbualan aku dengan anatomi aku.