Showing posts with label so random. Show all posts
Showing posts with label so random. Show all posts

Jun 11, 2009

En. Ketua Jabatan takda! anak buah En. Ketua Jabatan jadi Ketua Jabatan

Hari ini bosan (eh, mana boleh bosan bilamana Ketua Jabatan kau takda dalam pejabat?!)ok, mula balik...


Hari ini tidak bosan (lebih baik?hmmm...macam ada yang tertinggal)ok, mula sekali lagi...


Hari ini tidak bosan dan Ketua Jabatan yang bosan sudah keluar dari pejabat (ok sekarang mari jerit sama-sama...YAHOOOOOOO!)


Tadi masa dalam tandas (ilham datang tak kira tempat ok), otak aku bermentol tiba-tiba. Lantas berfikir nak buat Projek 'Ketua Jabatan takda' apa hari ini...(aku pekerja yang dedikasi ok!hehe...mengaku je la sape yang tak 'ular' bila Ketua Jabatan tak nampak). Belek-belek fail gambar dalam komputer yang tak sempat aku keluarkan.

Dan ini hasilnya...



Aku ingat nak berhenti kerja dan buat bisnes Pengapit sepenuh masa,ok tak?(kamu mahukan pengapit yang hot?yang rajin?yang kadang-kadang boleh bertukar menjadi tak hot (sebab nanti pengantin kecik ati)?Sila masukkan WANG, WANG dan WANG didalam akaun aku dan nama kamu dengan kadar segera ok..



Cucu dan Atuk yang comel...



Bila lagi nak main benda nih...seronok ok!dan boleh jadi tak seronok bila kamu terminum air laut berteguk-teguk bilamana kamu jatuh..yuuukkks!



Apabila kamu over eksaited, maka dapat naik bot pun akan membuatkan hormon endorphin kamu melompat-lompat.



Sila jangan tiru aksi ini...kamu tidak mahu mati lemas dengan not RM50 ditangan..


Ops!saya cinta kamu nasrul adli!(orang awam, sekarang boleh pegi muntah diblog lain ok...)



Ini untuk En. abang tercinta (jangan bagi alasan gugup lagi ya...)



Aku mimpi aku jadi siput yang anggun, dan ada seekor sesumpah yang dengki...lantas si sesumpah bersumpah untuk menjadi 'Stalker' kepada sang siput yang anggun.


Ni masa aku jadi calon 'penipu' dalam Seekers...Aku terdengar bisikan halus ditelinga aku, dia cakap 'Kau akan menjadi seorang bisnes women Pengapit yang berjaya suatu hari nanti...' Dan serta merta asap berkepul-kepul keluar (ok tipu...sila percaya!)




Ya, apabila kau mahukan sesuatu, bersungguh-sungguh lah untuk mendapatkannya...(walaupun selepas 5saat melihat hasilnya,kamu serta merta menekan butang 'delete')



Moral dari cerita: Apabila Ketua Balai Bomba datang untuk membuat pemeriksaan disyarikat kamu, dan kamu salah seorang yang bertanggungjawab, segeralah buat muka paling comel dalam dunia walaupun kamu bukan lah seorang yang dalam kategori comel (buat je la!...ko nak kena saman atau nak buat muka comel?)


Sekian, terima kasih.