Hari ini aku bukan sombong dan tak marah kepada sesiapa

4

Posted by luluchen | Posted in | Posted on 2:07 PM

Salam,

Kehadapan umum yang melihat aku pada ini hari.

Hari ini aku bukan sombong (hari biasa pun sama...walaupun berwajah sirius yang siriusli huduh tapi aku tak sombong tau!),tapi hari ini aku kena bagi penjelasan yang agak panjang dari biasa-biasa. Dan hari ini juga aku tidak marah kepada sesiapa..

Sila abaikan wajah muram tapi tak masam (yang macam busuk masam...bukan...muram je tapi wangi ok), mulut muncung-muncung, kening kerut-kerut, dan segala perbuatan menganggu emosi dalaman pada hari ini dan mungkin hari berikut-berikutnya.

Ini adalah kerana terdapat satu mata ikan, mata boya, mata hati, mata mata, mata hari, mata kucing, segala mata dalam mulut aku!

Kenapa panggil mata?dia boleh melihat kah?adakah dia sudah terlihat gigi yang belum gosok pagi tadi?(kalau ya, baguslah...rasakan gigi belum gosok aku!ahahaha)Tapi nama sebenar dia lain kan?aku je yang panggil mata ikan kot...apa pun, beliau telah menyebabkan aku terseksa selama berhari-hari...

Letak bonjela?adoi!!!(ok..ok..drama kan?tapi memang pedih, berlinangan dan kadang-kadang bercucuran air mata tuan puteri)


Sekesian, Harap Maklum.


Terima Kasih.


Oh ya!Mata ikan buntal paksa aku cakap ini: Beliau kirim salam kepada semua!dan berharap agar dapat berjumpa kalian dimasa senggang beliau.

Apa projek kamu bila kaum adam pergi semejid?

10

Posted by luluchen | Posted in | Posted on 3:09 PM

Waktu rehat hari jumaat dipejabat memang lama...jadi nak tanya, apa yang korang buat dalam waktu rehat tersebut?
















Aku?







Berbungkus dalam jaket...

syokkan?musim hujan...mimpikan bantal yang banyak,oh indahnya...

Melampau betul si bosan ni...

4

Posted by luluchen | Posted in | Posted on 12:35 PM

Akibat tabiat kepam gambar yang telah diniatkan untuk diletakkan diblog, Maka aku post je la semuanya..(banyak lagi..tapi tak larat nk edit & muat turun)


Irdina Zahra Aiiman

Budak kecil ini semakin comel, dah pandai membebel & senyum-ketawa, rasa macam nak makan budok je...yang lagi sorang kat pahang,takda gambar.tapi sudah pandai guling-guling macam tenggiling...lalalalala...



ICC - Innovative Creative Circle

Jadi tukang jaga slaid persembahan pun dah sejuk-sejuk tangan basah aku...mana tak nya,duduk kat pulau kecik antara pentas dan orang ramai. (kalau terkentut macamana nak cover kan?)

18SG

Sesi mengerjakan absorber oleh mr.eiman dan kuncu-kuncunya, kereta siapa yang menjadi mangsa?(kalau bukan kereta aku jadi mangsa,takda la aku nak letak gambar ganas ni kan..). Oh ya!mr.eiman...bunyi cencorot masih lagi menghantui saya,dan saya tak dapat kenal pasti dimana, maka boleh kah saya menukar absorber kepada yang asal?Sila letakkan segala kesalahan kepada absorber cencorot...


Baling tournament

Sapura anjurkan acara baling membaling di sunway piramid (semua lane tau,sangat malang team aku dapat lane paling akhir dan paling rosak!dem...). Hadiah yang ditawarkan memang mantep-mantep...tapi pada hari itu, permainan aku memang tidak mantep...ya!ya!salahkan diri sendiri dan tidak salahkan lane yang bila baling je terus rosak (sangat sakit hati). Tapi hadiah perlawanan bukan lah yang aku idam-idamkan sangat. Hadiah cabutan bertuah - tivi plasma 41inci!,henpon norkia, jam tissot!,i pod dan lain-lain...(meleleh air mata wei!...idaman kan?)tapi semua tu orang lain yang dapat. aku?cuba lagi tahun depan...(tapi aku belum pernah dapat cabutan bertuah...seumur idup tau!)

Melangut ke atas...

7

Posted by luluchen | Posted in | Posted on 5:20 PM

pandang ke langit








ampunkan aku ya tuhan...

Cerita perempuan muda dan perempuan tua

4

Posted by luluchen | Posted in | Posted on 9:11 AM

Epilog:
Oh ia tak apa...aku sudah tak apa-apa. Mungkin kerana kita berada di era yang berbeza, boleh dijadikan alasan aku pula. Maka aku maaf dan abaikan sahaja kata-kata perempuan tua... (menyanyi sambil memberus pakaian kerja didalam bilik mandi)

Prolog:
Dua budak perempuan dan satu majikan(kepada perempuan tua) yang sedang menantikan jawapan dari perempuan tua, dan perempuan tua pula perlu mendapatkan persetujuan dari dua perempuan muda terlebih dahulu..

Katalog:
Kenapa kat dalam peti surat rumah aku sentiasa je penuh dengan katalog?orang lain takda la pulak...(takda kena mengena dengan cerita, kira macam spoiler je la...)

Tempat:
Dipejabat perempuan tua dan dikelilingi rakan-rakan perempuan tua yang sekian lama sudah memulakan sesi bual bicara mereka mengenai cerita dua budak perempuan dan permintaan majikan. (pejabat perempuan muda adalah jauh dari pejabat perempuan tua, maka perempuan muda tidak tahu isi kandungan bual bicara dari awal hingga akhir)

Cerita:
Dulu, yang sebenarnya semalam (oleh kerana perempuan tua hidup pada zaman dahulu daripada aku, maka ayat dulu digunakan), perempuan tua dengan secara tiba-tiba telah mengkelaskan aku sebagai mata duitan...(macam mata duitan yang ada kelas lah). Dan perempuan tua dengan bangganya berteriak dihadapan rakan-rakannya bahawasanya aku adalah mata duitan. Kemudian, perempuan tua dan rakan-rakannya ketawa terbahak-bahak...

Keliru aku sebentar, perlukah aku ikut mereka ketawa terbahak-bahak dan berkata-kata didalam hati "dia kan sudah tua,maafkan sahaja lah"

Motif:
Apakah yang mahu disampaikan oleh perempuan tua?sedangkan belum pernah perempuan muda kikis duit atau harta benda sesiapa, apatah lagi duit-duitan atau harta benda perempuan tua.

Baca:
Sila lihat prolog dengan teliti...dan ingat setiap baris ayat-ayatnya.

Situasi:
Rumah kongsi mahu disumbat dengan dua budak perempuan baru, harga yang tinggi akan dikenakan oleh perempuan tua. Maka alasan kukuh yang diberikan, perempuan muda adalah mata duitan,maka bayaran harus tinggi...

Soalan:
1. Motif?
2. Siapakah yang sebenarnya mahu membawa dua budak perempuan ke dalam rumah kongsi?
3. Kenapa perempuan muda yang harus dijadikan sebagai alas kepada kata-kata manis perempuan tua?(atau sememangnya perempuan muda memang manis?hmmm...)


p/s: Dua budak perempuan adalah anak saudara kepada majikan.

Siri bercakap dengan diri sendiri

1

Posted by luluchen | Posted in | Posted on 2:40 PM

Nak cerita pasal hujan...

Bukan kumpulan hujan ok,aku tak suka kumpulan hujan.

Sekarang musim hujan, Macam nostalgia tu datang balik lah kan...

Tiap kali hujan, aku mesti curi-curi mandi hujan kat belakang rumah...Rumah aku dulu ada 'benda' tepi awning yang untuk takung air hujan lepas tu mengalir ke longkang...aku tak tau apa nama benda tu...tapi yang pastinya air yang mengalir tu memang deras lah, air hujan campur apa tak nak ambil tahu...(nama dia kelong kah?macam bukan...tapi macam tu la)

Dulu masa kecik aku selalu ingat benda tu air terjun...shower kat bilik air pun aku panggil air terjun.

Lepas mandi manda kat 'air terjun', aku main hujan tengah lorong sambil jerit-jerit panggil geng-geng selorong...Tapi kadang-kadang mak dorang yang keluar bawa rotan. Aku pernah kena dengan makcik peah, berbirat jugak la betis aku ni...dah la pakai seluar pendek..pedih tau!

Oh ya, makcik peah adalah jiran sebelah rumah...ustazah sekolah agama dan ustazah mengaji,aku agak gerun dengan dia...dia selalu kejar anak - anak dia dengan rotan. Disebabkan aku selalu main dengan anak dia,maka aku pun kena kejar sekali lah...Makcik peah tak adil kan?(tapi aku juga yang ajar anak dia bakar mercun dalam tandas rumah orang, masa tuan rumah tu tengah mandi...)

Sampailah satu hari, sedang aku syok2 mandi hujan bawah 'air terjun' sambil panjat pagar dawai..entah macamana kerusi yang aku pijak tu beralih, apalagi...meraung sekampung la aku...pedih tau, dawai besi yang karat tu tercucuk kat tiak!

Ayah bawa pergi klinik, kena inject..aku penakut jumpa doktor, maka ayah upah dengan aiskrim dalam bekas plastik putih besar tu (untuk aku sorang je tau) dan sumi jelly sepaket besar...Aku terbaring, demam seminggu dimusim hujan. Sedih sebab tak boleh main hujan...

Lepas tu aku dah serik nak mandi hujan berdekatan dengan 'air terjun',tapi kadang-kadang teringin juga...mengenangkan tiak yang dah bergaris panjang terus batalkan niat. Mandi hujan belum serik lagi...mandi tetap mandi.

Paling seronok bila mandi hujan adalah lumba basikal...siapa yang duduk belakang akan kena siraman tayar basikal..(basikal kan ada plastik penghalang kat tayar, tengok sendiri la kat basikal), hitam-hitam muka dan baju...

Dulu, kalau hujan pada malam jumaat, aku cepat-cepat ambil teko kemudian letak kat atas bumbung rumah...Mak kata hujan pada malam jumaat adalah hujan rahmat. Tapi hujan hari apa pun rahmat juga kan?Dan air hujan tu berebut-rebut kami adik beradik minum...baca selawat dulu!

Dan sebelum aku berumur 21tahun, aku ada buat "senarai benda nak buat sebelum umur 21tahun" salah satunya adalah mandi hujan!

Dan aku telah dapat sempurnakan aktiviti mandi hujan sebelum umur 21tahun!walaupun tak dapat jerit panggil geng-geng selorong...

(Orang kata bila umur 21tahun,kita akan dapat kunci 'kebebasan'....yeke?dah besar la tu kononnya, nanti malu nak mandi hujan tengah2 lorong dah...dulu ayah bagi hadiah loket bentuk kunci kat mak masa mak umur 21tahun, dan mak bagi kat aku loket tu masa umur aku 21tahun...cumanya mak dah cairkan dan ubah bentuk loket tu jadi bentuk love,lepas ni aku akan bagi kat anak aku bila dia umur 21tahun,wah!turun temurun kan?tiba-tiba je cerita takda kena mengena dengan hujan kan...).

Tapi awas...jangan mandi hujan yang dah lama tak hujan tiba-tiba hujan, boleh demam kamu nanti, kimia-kimia dah terserap dalam hujan tu,buat penyakit je (Sumber dari pakar mandi hujan - aku)

Sekarang, macam teringin nak buat semua tu lagi...lari-lari dalam hujan sampai habis segala lorong dan lompat-lompat atas lecah...kena kejar dengan makcik peah,jerit-jerit panggil geng selorong...

Seronok jadi kanak-kanak kan?

Kemaskini: Adik atikah

2

Posted by luluchen | Posted in | Posted on 12:58 PM

Hari ini dah masuk dua puluh dua hari adik di hospital Kuala Lumpur...

Kini limpa adik pula didapati bernanah dan perlu dibuang...

Tapi doktor sebolehnya tak nak buang sebab adik ada kencing manis, risiko untuk dapat penyakit lain mudah sangat...

Aku pun bukan tahu sangat pasal penyakit ni, setakat buat rujukan kat buku-buku atau tanya orang je la...

Hari ini dapat berita, adik telah pun dimasukkan ke bilik bedah...

Doktor cuba tebuk limpa adik untuk masukkan tiub supaya nanah boleh mengalir keluar...

Kasihan si kecil ini...Tapi adik kuat, sikit pun tak menangis...

Cuma kadang-kadang tu bila dia demam panas, dia akan meracau...

Sakitnya hanya Allah je yang tahu...

Semua yang masuk wad sama dengan adik dah boleh keluar...

Hanya adik je yang masih ditahan...

Aku faham perasaan adik, walaupun dia jarang nak tunjuk tapi budak kecil macam dia...

Macamana pun orang bagi semangat, hati dia tentunya sedih...

Alhamdulillah adik tak patah semangat...

Keluarga sekarang dalam usaha untuk dapatkan pengadilan untuk adik...

Silalah lihat hospital sungai petani!inilah hasil dari 'kepakaran' doktor kamu!



p/s: ada sesiapa yang boleh tolong, macamana nak hubungi jabatan-jabatan kerajaan atau mana-mana pertubuhan yang boleh bantu kes adik?

Jangan lupa diri

9

Posted by luluchen | Posted in | Posted on 9:58 AM


Suka dapat tengok atikah tersenyum...tapi dalam hati dia hanya Allah je yang tahu. Atikah, 14tahun...baru 14tahun, tapi semangat & ketabahan dia tak macam budak 14tahun.

Kesakitan yang dia tanggung terlalu berat...payah aku nak ceritakan kat sini, tak terluah rasanya.

Kaki atikah yang mulanya kebas-kebas...semakin teruk, dan tak dapat nak diselamatkan lagi...Mungkin atikah dan keluarga redha dan sabar dengan ujian dari Allah ini.

Atikah ada kencing manis dan satu dari buah pinggangnya mungkin sudah tidak boleh digunakan lagi...tapi kaki yang dipotong itu bukan berpunca dari kencing manis...

Mungkin kecuaian dan sikap acuh tak acuh doktor yang merawat atikah di sungai petani salah satu puncanya...(bukan nak buat tuduhan melulu...tapi macam tu lah doktor pakar di HKL beritahu)

Dan aku puji sikap atikah...yang mungkin kalau orang lain dah meraung,tapi budak kecil ini terlalu tabah. Berat mata memandang, berat lagi atikah yang memikulnya...

Mak dah takda, yang jaga pun kakak dia sorang..dan mungkin bergilir dengan adik beradik yang lain...jauh nak datang. Saudara mara pun takda kat kL ni...

Sekarang atikah demam panas...dan perlu jalani dialisis. Kencing manis pun masih perlu dikawal. Kesian kak an yang menjaga atikah..tak boleh nak tinggal atikah,tidur pun tak boleh...

Semoga Allah lindungi mereka...

Minggu ini aku berulang alik ke HKL...mungkin tak dapat nak hiburkan hati atikah,tapi cukup lah dapat temankan dia..

Aku cerita bukan nak cari simpati...tapi supaya kita sama-sama beringat.

Jangan lupa diri...Ambil iktibar dari semua ini. Kita semua adalah pinjaman dari Yang Maha Esa, bila-bila je Dia boleh ambil balik...Sentiasalah bersyukur lah selagi mana pinjaman kita ini belum diambil balik...Bersyukur lah dengan rezeki yang diberi...

Aku selalu lupa itu...jadi peringatan ini adalah untuk diri sendiri dan juga kamu.

Doakan semoga atikah cepat sembuh dan dikuatkan semangatnya ya!

*kemaskini:
Lupa nak bagitahu, abang kena tahan di hospital sungai petani, semalam abang dah selamat kena operate lutut untuk masukkan besi. Sebelum ni dah masuk tapi kat tulang keting tu...dia sibuk jaga adik & berjalan..kaki jadi bentan & demam.

kacang ku tersayang

4

Posted by luluchen | Posted in | Posted on 4:32 PM

Aku sayang kacang...

Dari dalam perut mak lagi aku dah mula menikmati kacang...

Maklumlah, dulu-dulu ayah berniaga kacang...

Masa mak mengandungkan aku, beliau makan kacang tiap-tiap hari...

Sampai terlebih protein...

Maka aku sayang kacang...

Segala jenis kacang pun aku sayang...

Makan aiskrim ada kacang...

Makan kek ada kacang...

Makan sotong sambal dengan kacang...

Makan laksa letak kacang...

Bak kata orang, macam isi dengan kulit lah (apa kena mengena ni?jhfrejbshgfkl)

Kacang lupakan kulit?

Lupakan sahaja peribahasa yang ada kacang tu...

Sebab kulit kacang memang aku tak makan...

Kacang hantu pun takda kena mengena dengan aku...

Tapi ada satu kacang yang aku tak suka dan tak boleh makan...

Kacang pis (betul ke ejaan?ah...tak perlu tahu,aku kan tak sayang kacang pis...bukan tak sayang tahu tau!tahu sedap!macam...goreng pun sedap,nape tiba-tiba masuk cerita tahu pulak ni...)

Asal aku makan kacang pis, mesti sakit perut...tak tahu kenapa...

Dulu aku tak suka nasi goreng...semuanya kerana kacang pis

Nasi goreng ada kacang pis...


Jika terlihat sebotol maruku dan hanya kacang pis yang tertinggal...faham-faham je la, aku la tukang sebat segala spesis kacang yang lain. Dan maruku...sampai tinggal suku botol (sape suruh tinggalkan aku sorang-sorang dalam ofis bersama sebotol maruku)


Aku sayang kacang tapi bukan kacang pis...peace!dah..bye!

: |

4

Posted by luluchen | Posted in | Posted on 11:29 AM

Sedang tak gembira...
Walaupun amy mastura datang dan menyanyi lagu happy banyak kali,
Tetap tak dapat gembirakan aku...


Sedang tak gembira...
Walaupun tiba-tiba ada orang datang dan hulur happy meal banyak kali,
Tetap tak dapat gembirakan aku...

Lihat...kotak itu senyum!dan aku tak boleh nak pura-pura senyum seperti kotak.