Apr 3, 2013

Lulu@Bintulu

Plan nak cuti-cuti..tapi belum ada destinasi, cari tiket murah-murah..bintulu?ok je lah.settle booking flight & hotel baru masing-masing gelabah tanya soalan "ada apa yang menarik kat bintulu ek?" Flight pulak paling awal, macam tak sempat-sempat nak jejak bintulu..4hari pulak tu!


Puas lah masing-masing google...so,tema cuti-cuti kali ni 'Back to Nature Backpakers style'. Orang yang paling happy dah tentulah aku, fresh oksigen & tak payah melawa & tak perlu make-up2!wudhuk je dah boleh jadi setegang wajah kak nita kan..

Hari kejadian, jam empat pagi dah keluar rumah..nasib ada kawan yang baik hati nak hantar ERL awal pagi. Kitorang naik dari putrajaya ke salak tinggi ,salak tinggi ke LCCT kena naik bas. Tiket dalam RM5.50one way tak silap lah.

Awal pagi tunggu train memang sunyi sepi lah..dengar suara kitorang je kat situ. Dari rumah dah memekak dah, sampai lah jejak bintulu baru senyap sikit sebab masing-masing lapar.

Kitorang stay kat Tune hotel, baru buka kat bintulu..selesa & murah & strategik (dah macam agen hartanah)Sebelum bertolak dah siap-siap booking kereta sewa, so tunggu owner kereta datang ambik kat airport je..Nak yang murah je, kancil tapi dapat kenari, ok lah sebab owner kereta kata jalan nak ke gua niah nanti agak beralun.

Masalahnya kenari manual, dan insan yang terpilih aku lah..sebab aku sorang je yang boleh drive manual.Tapi tak kisah punya, aku memang suka drive..(laju-laju!)

Hari pertama kitorang plan nak ronda-ronda satu town, sebab nak ke tempat-tempat menarik lain agak jauh.

Terjumpa masjid yang comel kat town

Banggunan bentuk UFO, pejabat kerajaan sebenarnya.

Banggunan unik lagi kat kidurong, bintulu tempat oil & gas..so memang banyak terjumpa orang minyak kat sini.

Pantai kidurong yang awesome!kat sini dapat tengok sunset..

Banyak shot berangan tahap ANTM kat sini...

Hebat ciptaan ilahi...

Meronda malam pulak terjumpa pasar malam, town bintulu tak besar mana so jalan-jalan sekejap dah boleh jumpa tempat tuju.Plus, owner kereta yang baik hati dah siap bagitau mana tempat nak habiskan masa. (memang relax je kat sini..) Tapi kat sini kitorang tak berani nak beli makanan apa-apa..orang luar, mana nak tau stall mana yang halal.

Bab makan tak jadi masalah sangat sebab kat town pun banyak restoran halal, makanan wajib cuba adalah laksa sarawak!sangat sedap..cuma nasib kitorang tak berapa baik,asal pergi restoran mana-mana je laksa sarawak mesti takda or dah habis. Dapat makan pun kat airport time nak balik semenanjung je...arrghh ngidam laksa sarawak plak dah.(sian anak-anak cacing aku)

Macam nak minum semua 

Traditional

Labu?sory sayur-sayur ni fail sikit..bila tanya kat owner stall, tak faham pulak apa dia cakap..

Cili paling pedas seantero dunia...sentuh pun aku tak berani

Comel

Ala..yang makan dengan sireh tu..(sirius aku jakun kot..dapat pergi pasar malam macam pergi muzium)redha je makcik-makcik yang meniaga tu, dah lah macam ayam itik bercakap..tak faham pun sibuk nak intebiu makcik-makcik tu.

Sayur yang paling glamour kat sarawak, ada lauk special tapi kitorang tak sempat nak order makanan berlauk, maklum je lah..nak makan kena pergi town dulu & by the time jumpa restoran je masing-masing kebulur dah..order makanan paling cepat je lah.


Buah salak comel

Kuda laut, macamana nak guna or makan tak tau...manusia memang pelik, kesian haiwan jadi mangsa.

Sempat belajar apa itu gambir sarawak..

Kuku beruang...isk..isk..isk..

Hari kedua, aktiviti paling ditunggu..Caving @ Gua Niah
Dua jam perjalanan nak ke Miri


Sepanjang perjalanan nampak hutan je, adalah nampak rumah kampung satu dua..tapi jangan main-main,tiang rumah macam nak roboh pun astro beyond you!






Pakcik yang hebat, sempat inteview pakcik ni..dia kata dia & sepupu dia bergilir-gilir tinggal dalam gua niah ni,selang seminggu sebab nak kena tunggu sarang burung & tahi kelawar yang dorang dah kumpul..kalau tak nanti ramai peminat yang nak hasil mudah.

Jual pun tak mahal macam sarang burung yang dah siap proses masuk dalam kotak cantik tu.Nak dapatkan sarang burung ni pun bertarung nyawa..panjat tinggi ntah ada safety belt ke tidak. Tapi pakcik ni tenang je,cari rezeki halal bukan senang..semoga berkat usaha pakcik ni.


Separuh jalan terjumpa dua makcik tengah sibuk mengait cenderamata..gigih dorang ni,jauh berjalan ke dalam hutan nak meniaga.















Pemandangan sepanjang perjalanan dalam gua batu kapur terbesar didunia tak boleh nak describe..menakjubkan ciptaan ilahi


Hari ketiga, terjah taman negara similajau pulak (PLKN Bintulu pun kat sini)..nak tengok haiwan liar katanya banyak buaya air tawar (nak usap kepala buaya sambil kasi makan cikedis)




Sila zoom gambar ini...

Pokok paling bengang dalam dunia



Kitorang berjalan sampai turtle beach 1 je..itu pun dah 6KM (pergi balik 12KM) seko buaya pun tak jumpa!(padahal sangatlah bersyukur), tapi kalau nak tengok juga buaya,banyak buaya darat miang kat gazebo yang ada sign awas ada buaya tu..cuma tak leh nak kasi cikedis lah..kang dia ikut sampai hotel naya lak.

Berjalan dalam hutan takda lah kitorang nak kepoh-kepoh sangat, kejap lalu sebelah laut..kejap lintas titi, kejap jambatan panjang (mata masing-masing merewang cari menatang yang nak kasi cikedis..)Trail tak susah sangat sebab ada tanda merah kat pokok..sign pun banyak,so tak sesat lah.

Lepas lepak-lepak tepi laut start berjalan pulang, muka masing-masing dah masam masin kelat-kelat dah..penat & panas (tak banyak angin walaupun tepi laut)

Sampai hotel masing-masing pengsan..kaki dah mula rasa lain, tapi puas hati dah tercapai hasrat murni.

Selesai aktiviti dalam schedule..On the way balik baru la dapat makan laksa sarawak tu pun kat airport je, lazat tak terhingga!nyam..nyam..nyam..sampai sekarang teringat-teringat.


5 comments:

Anonymous said...

salam awak..

sy baru nak ke bintulu minggu depan..boleh tak nak dapatkan contact kereta sewa..and nak tau awk stay di hotel mana.. tq -Nina

luluchen said...

aiseh..dah pegi la ek,sory lama xjenguk blog ni..

neway,utk sesapa yg nak pg n nak cari kereta sewa leh contact 017 8995778 - fauzi

kereta sewa said...

salam...kalau nak cari kereta sewa boleh hubungi saya..
yns car rental 0146909608..
terima kasih..

Nur Amalina said...

sush x dpt mknan halal kt sna?..maybe next month sy perlu kt bintulu?

JUNAIDI said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya.BUKA BLO DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA