Jan 15, 2009

Selamatkah kita?

Yang dilihat dikaca tv
Yang dilihat didada akhbar
Adalah yang benar
Adalah yang sebenar
Jihad tidak hanya dimulut
Ia terasa dihati
Ia terpancar berseri
Apabila iman bersuara lantang
Peluru meluru bagai menyapa mesra
Mengucap salam yang selalu dipinta
Tak terlihat oleh mata si hidup
Senyuman terukir dibibir kecil yang berdarah
Senyuman bangga dimuka yang hancur punah
Hingga si hidup berpaling menahan pilu dan ngilu
Maka tangan,kaki dan badan yang sudah berkecai
Sudah boleh tersenyum puas
Puas dengan perjuangan iman
Pertahan agama,pertahan keluarga,pertahan negara
Sedang si hidup berteriak sakan
Cuba memperbetul keadaan
Adakah iman cukup untuk mempertahan?
Tepuk dada tanyalah iman
Akan kukuhkah iman jika diuji?
Akan tersenyum puaskah ia nanti?


Ya Allah,
Janganlah nasib diri ditentukan oleh diri hina ini
Walau kadar sekelip mata
atau kadar yang lebih pendek dari itu
Berikanlah hati ini,Ya Allah
iman yang sebenar sehingga diri tidak lagi gentar
atau mengharapkan yang lain selain Engkau
Kembangkan lah lembayung rahmatmu kepada kami
Keluarga,Sahabat serta sesiapa sahaja yang bersama sama kami
Engkaulah sebaik baik sandaran dan sebaik baik penolong
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai
Para syuhada dalam perjuangan agamamu
Ya Allah perkenankanlah permintaan ini
Amin ya Rabbal alamin...

No comments: