Feb 24, 2009

Hadiah dari Sahabat

Hadiah kadang2 tak perlu dari segi kebendaan,tak perlu balut2 letak reben..kasih sayang pun dikira hadiah juga,cuma cara kita menilai sesuatu hadiah itu membuatkan hadiah diletakkan nilai dan harga.

Semalam aku dapat hadiah dari seorang sahabat yang sangat baik,dan hadiah itu tersangat2 berharga bagi aku;

"Sabar juga antara ciri2 org yg berjaya dlm mendirikan solat.Dlm Quran ada sebut,'Sesungguhnya solat itu adalah berat melainkan bagi mereka yg sabar,jadi salah satu rahsia solat sunat istikharah juga bukan sekadar solat tapi sabar dlm mengerjakannya,bkn solat sunat sahaja malah semua solat.."

Dlm ujian yg ana buat,daripada 10 org..8 akan beri jawapan tujuan semasa mula mendirikan solat adalah untuk menghabiskannya,bkn untuk mendalaminya.maksudnya,ramai yg solat hanya kerana ia umpama beban,bukan kerana mencintai solat..jadi bila mula solat mereka dah fikir bila solat ni nak habis..so mulalah org2 ni mengira rakaat.

Solat sunat ni adalah 2 bukti..
1. Bukti yg pertama kita tak boleh mengakuinya tetapi hanya boleh meluahkannya..

2. Bukti yg kedua kita boleh mengakuinya dan boleh melakukannya..

Bukti yg pertama kita tak boleh mengakuinya tetapi hanya boleh meluahkannya..
IKHLAS. Manusia tak boleh mengaku ikhlas kerana ikhlas hanya Allah yg mengetahui..

Bukti yg kedua kita boleh mengakuinya dan boleh melakukannya..
CINTA. Dengan mengakui bahawa kita cinta kpd Allah, kpd Rasulullah, kpd Islam maka kita mengakui dengan perbuatan yakni solat..

Allah berkata kpd para malaikat bila masa kita mendirikan solat tanpa pengetahuan manusia lain,bahawa Allah menyediakan syurga utk kita.Ya, Kita dirikan solat bkn kerana nak beritau org lain yg kita sdg solat..Bkn kerana nak dpt pangkat..Bkn kerana nk dpt harta..Tetapi semata2 kerana Allah..Dan lebih baik pada masa 1/3 mlm terakhir.

Nabi s.a.w kata: Allah turunkan sepertiga malam yg terakhir dan bertanya kpd para malaikat, siapakah hamba-hambanya yg memohon kpd Allah akan dimakbulkan permintaannya.Maksudnya mendirikan solat..

Solat istikharah perlulah tiada lain tujuan melainkan memohon petunjuk yg dtg dr Allah..Bkn petunjuk yg dtg atas naluri manusia semata2.Kerana naluri manusia juga boleh kabur dgn hasutan syaitan.Boleh pohon petunjuk,cuma biarlah ia lahir dr ibadah.

Sewajarnya solat sunat bukan sekadar semasa nak pinta petunjuk sahaja.Tetapi biarlah kerana kita menyintaiNya.


Nasihat dan peringatan macam inilah hadiah yang sangat2 berharga,maka terima kasih ya sahabat kerana sudi memberi ilmu dan nasihat yang sangat2 diperlukan kerana aku kehausan ilmu2 sebegini.Semoga dapat berkongsi bersama kamu yang lain dan dapat dipraktiskan selalu.

"ilmu tanpa amal ibarat kereta tanpa steering" kereta cantik macamana pun kalau takda steering tak boleh bawa juga kan?maka sama2 la kita cuba perbaiki diri kita.

Nota kaki: Perbualan (kaler biru) ini adalah dari yahoo mssgger dan diedit disini.Sekian dulu ya..sebelum tu sila la lawati blog sahabat saya ini.

No comments: