Feb 7, 2009

Minggu pertama

Sudah pun seminggu aku menginap kat Bangi ni,
Makan ok
Rumah ok
Tidur sudah mula ok
Tiada lagi delusi utk menjadi solja tetapi masih terasa seperti berada di Port Klang
Nampaknya Port Klang betul2 meninggalkan kesan mendalam.

Cuti bagi minggu pertama ini dihabiskan dengan mengemas rumah
Dan tidur...
Dan proses pembelajaran memasak..hah!masak?
Buat masa ini aku sudah pandai memasak 5 lauk ringkas termasuk telur dadar
Aku sedang belajar ok...memang aku tak pandai masak sebab aku slalu tak yakin macamana nk letak bahan2 yang biasanya bila tanya orang,semua jawab "ala..ko campak je suma2,nanti jadi la.."(dan setiap kali aku campak mesti mak aku marah dan paksa aku mop lantai..aku kan ikut nasihat korg?)

Kamar kecil/pejabat?masih lagi didalam proses pengubahsuaian (susun meja kerusi dan duduk goyang2 kerusi)
Aku sudah mula bosan dengan keadaan itu..sampai bila kami akan menjadi buangan...

Jalan2 dikawasan perumahan masih belum diterokai keseluruhannya...
Hanya sempat ke tempat2 penting seperti sumber wang,sumber dapur dan dobi.
Dalam pemerhatian aku,disini klinik haiwan lebih banyak dari klinik manusia.
Mungkin haiwan2 disini kurang vitamin dan antibodi.

Dan sekarang aku sedang memerhatikan kawasan riadah bagi membolehkan aku memulakan semula aktiviti pengurangan lemak2 tepu.

2 comments:

Anonymous said...

huhuhu kat situ mmg byk klinik haiwan.

tetiba je jadik byk.

luluchen said...

baru je ckp...dh ada plak klinik haiwan mesra la plak,meb bob mesra punya kot.isk