Mar 10, 2009

Bawa diri berjalan - jalan

Setelah sebulan memerah keringat dan otak di tempat kerja(wah!macam bagus kan?) akhirnya aku dapat melepaskan tekanan itu dengan berpoya2 bersama keluarga dan kawan2 tersayang, cuma dengan yang tercinta belum diberi kesempatan lg : (

Jumaat, 6 March 09
Dengan hati yang berkobar - kobar aku bergegas pulang ke kampung halaman ku yang dirindui, tanpa mandi dan menyalin seragam kerja yg dipakai aku memandu pulang...(betapa semangatnya aku nak melepaskan tekanan ok...)


Sabtu, 7 March 09
Seawal jam 7.00 pagi mak sudah menggerakkan aku (tidur yang sangat lena bilamana ditilam sendiri...)nasib baju sudah siap di seterika malam itu,kerana jam 7.30pagi, ayah sudah undur kereta dan mahu memulakan perjalanan(lambat tinggal...dan aku tak nak kena tinggal,macamana nk lepas tekanan kalau kena tinggal?)


Beranang Negeri Sembilan, adalah kampung tumpangan aku,kerana kami sekeluarga tidak mempunyai kampung untuk diziarahi..maka,rumah nenek sedara menjadi sasaran.Dan kami memang akan teruja bila tiba masa untuk ziarah nenek tua(panggilan kami utk nenek sedara)


Rumah kampung ini ada kolam ikan yang besar,ikan - ikan didalamnya juga besar..beberapa kali joran buluh aku patah disebabkan ikan2 besar itu (sebenarnya aku yang 'terpatahkan'..badan sendiri yang besar,ops!)


Depan rumah penuh dengan tanaman serai, tapi masa aku kecik2 dulu penuh dengan sawah padi..mandi dalam parit je keje aku. Tu belum lagi cerita kena kejar dgn lembu..(buli anak buah aku bergambar tgh2 sawah serai dibawah matahari)


Ini lokasi 'wajib' bergambar, biarpun setiap kali pulang ke kampung..lokasi ini tetap menjadi rebutan (Kira kalau duduk kat tangga atau tingkap tu muka kitorang berubah menjadi ayu/kacak la..sesuai ok!)


ni lagi satu pose tak berapa istimewa dari aku..(tengok puas2 ok..)


Motor antik pak sedara aku jadi rebutan juga..(kaki ngam2 dengan tempat duduk, ada hati nak rempit superman anak buah aku ni..)


Yang makcik & pakciknya berangan siap dengan kesan bunyi dan mulut muncung air liur tersembur...(haish!!)


Paling gembira sekali ialah waktu makan..yahooo!!nenek wa tak kasi can aku nak parut kelapa tu..(mungkin dia tau aku bakal parut tangan sendiri..)Menu hari itu adalah pisang muda masak lemak, ikan jeruk asam goreng,pucuk paku masak kicap..ssssslluurrrp!! (harap maaf, gambar tiada kerana tak sempat nak ambil bilamana lauk sudah terbentang di depan mata)

Ahad, 8 March 09
Majlis perkahwinan sahabat lama di kuala selangor. "Selamat pengantin baru Azura Azlinda & Yazid, semoga berkekalan hingga cucu cicit dan sentiasa diberkati Allah"



kawan2 lama yang memecahkan lemak2 tepu (Ketawa pun boleh pecah lemak ok..sikit je la)


Kami berbual, bergosip dan berpoya2 sepuas2nya..(bukan senang nak berkumpul macam ni)


Dan bergambar sepuas2nya sehingga kamera kehabisan tenaga...

Kami bersiar2/lawatan sambil bergambar di atas bukit melawati yang penuh dengan haiwan melompat2 sehingga kami teruja lantas melompat sama..(bersepah2 haiwan ini...gerun tetapi mereka jinak..silalah ziarah mereka ini dan jangan lupa!beli kacang panjang,mereka vegetarian ok)


oh!dan hati2 bila melangkah kerana jerangkap samar mereka ini tidak mengenal kasut cantik!(busuk ok!)

Kemudiannya kami singgah di pantai remis..(wah!lihat itu..laut?ya!!laut..tapi panas terik ni,takpe2..kita kan kat tepi laut..jom bergambar!)


Sudah tepi laut tentunya makanan laut akan jadi santapan bukan?kerang diatas hanya mengambil masa beberapa minit sahaja utk dilahap dengan lajunya oleh mereka2 ini..(aku makan dengan sopan tapi laju ok)


Menu utama sudah tiba (pari bakar, kembung bakar, sotong bakar dan lidah terbakar kerana sambal kicap yang amat pedas)..kali ini mereka berjaya mengawal nafsu gelojoh dan makan dengan tertibnya..

Makanan tidak membazir apabila bawa mereka ini menjamu selera..(cuma waktu membayar sedikit rugi,order tak ingat..terima kasih faizul!!)

Sesi bergambar tak ingat dunia...(panas terik..tahan...tahan..ntah bila nak jumpa lagi ni)


Jejaka - jejaka manchos...silalah pilih dan berikan nombor talipon bimbit anda,mungkin jika bernasib malang,mereka akan menghubungi anda dengan kadar segera.
Nota kaki: Sayang mereka semua!terima kasih untuk kenangan yang gembira...(tekanan sudah dilepaskan..)

8 comments:

nurizan said...

haha citer sampai kat pantai remis je ke? yang balik ke bangi tak citer plak.. wakak

luluchen said...

ala..citer balik bangi spoil la..nnt tekanan tu dtg balik sbb pukul 6.30pagi dah tersangkut ngan jam teruk kat klang..adei

fiqza_dnz said...

dahh...tau klg jammm teruk...kyg kuar dlm kul 6 buat apa....lain kali kuar kul 4.50am...sure x jam nya klg tu...hehe

izman said...

syukurlah jika semua tekanan dah dilepaskan.

nurizan said...

630 pagi jem kat klang? buat apa pagi2 camtu kat klang? takkan gi keje dari klang kot? dasat tul//

luluchen said...

kak fiza: wah!4.50am?sure dpt diskaun time lalu tol..tapi nanti sampai ofis kena ddk lepak2 ngan puteri salbiah la..oh tidak!

izman: alhamdulillah...kini sedang menyerap kembali kenangan cuti2 itu(tekanan balik nih...)

mr.eiman: lupa nak snap gambar la..kalo x ada jgk bukti pg2 dah jam kt klang..isk..mmg dasat la

iZFaiez said...

chena, even ko mkn sopan & laju..ko la yang paling lahap skali..makan kerang banyk..uppsss..anyway, 1st time bc blog ko, nak kua tempurung lutut aku...jgn lupa temu janji kita di PD bulan depan..
keje ko dah settlekan?

luluchen said...

weh!ko ni cover2 la sket,aku lapar masa tu..tapi ko makan lebih lahap dari biasa la kan,tempurung lutut ko nak kua jalan2 la tu.

keje aku dah settle lama dh..korg yg xsettle2...lagi2 si pejul krengkongkeng tu