Apabila kamu duduk didalam bandar diraja,baca lagi...bandar diraja,lagi..BANDAR DIRAJA ok. setiap hari pada jam seawal 0630 kamu pasti 'harus' melalui hiruk pikuk (aku macam dah suka kat perkataan 'hiruk pikuk') sehingga lah jam 2400.
Maka segala macam lagu dimainkan dari sentimental ke rock kapaks, rock besi, rock besi berat yang penuh dengan ekspresi wajah seram ganas oleh aku (berangan je..aku malu jugak bila orang mula tunjuk2 kat aku yg sedang menghayati lagu walaupun cermin kereta sudah ditranformasi kepada warna gelap)
Situasi sebenar ialah aku layan shania twain sambil berangan nanny fran sedang menyanyi goyang2 kepala kat sebelah.
1 jam ok..jika hari itu ialah hari '60 minutes Earth Hour' maka aku telah berjaya menyelesaikan misi,kerana aku tersangkut didalam hiruk pikuk dan tidak menggunakan sebarang kuasa elektrik. (tapi aku dah 'ter'sebarkan karbon monoksida..kira macam 'malaysia boleh' tak?)
Kesimpulannya, tiada altenatif lain selain menempuh hiruk pikuk itu jua..suka atau pun tidak,aku terus memendam rasa (wah!kata shania twain tadi..hehe,ok tipu..aku layan lagu lain jg,1 jam ok..)
No comments:
Post a Comment