May 21, 2009

Kronologi Cuti : ) dan Kerja : (

Hari ni MALAS nak menaip atas sebab-sebab berikut;

1. Aku nak kena tukar semua (semua ok...)prosedur syarikat
2. Aku nak kena jawab NCR berlambak-lambak
3. Tangan dan kaki (tiak pun sama...)mula la mahu basah

Maka hari ini aku RAJIN menempel gambar dan sedikit penerangan...


Waktu untuk aku duduk dalam pejabat, hari ni la jugak dia nak demam...(Sila baca sebab no.3 diatas)

Sabtu, 16 May 2009
Job Fair, PWTC

Naik keretapi ramai-ramai (teman serumah)demi memburu kerja baru...sakit kaki ok, tapi semangat membara nak dapat kerja baru dan sudah tentunya yang lebih baik.


Ya, beratur, berhimpit, tersepit. Ada bau ok..tahan...tahan..(ok,memang tak boleh tahan)

Berjemur di bawah terik mentari, tapi aku tak faham mamat depan aku tu..memang dia menikmati betul panahan mentari atas kepala - 40darjah celcius agaknya..adei!(habis make-up wei... interview la korang busuk-busuk)

Ahad, 17 May 2009
Bowling tournament, Bangi industries club kot (tak ingat nama penaja)
Syarikat menghantar 2orang perempuan sebagai wakil, memang dasyat-dasyat la team lain,datang dengan seret beg bola & kasut,dah tu dorg siap ada trainer...yang aku,datang bawa diri dan penyokong yang ramai, semangat tu yang penting kan..(terima kasih kakak-kakak serumahku!)

Isnin, Selasa, Rabu, 18 ~ 20 May 2009
Waktu untuk KERJA, Bangi - Port Klang

Nak tengok macamana orang kena audit?fail hendaklah selori...angkut keluar dan masuk dari bilik dokumen yang jauhnya seperti boleh menghabiskan sepeket ais krim malaysia (aku haus dan panas hari ini...aircond!!tolonglah segera pulih...)

Baik atas meja sehingga lah bawah meja..penuh dengan dokumen dan fail-fail, dan tentunya semakin banyak fail semakin banyak la auditor tu jumpa NCR, adei!!tak suka..tak suka..(ini akan mengakibatkan bonus tahun ni berkurangan nih,tapi....ada bonus ke?)

Tapi setelah berhempas pulas ditempat kerja selama 3hari berturut-turut, mak jugak la yang berjaya menghiburkan anak nakal dia ni...


Mak kata aku budak baik!!!yahooo...(mr.eiman, pasni kena buat ayat macam ni tau!mak kt siap buat pembetulan lagi tu..haha)





Nota kaki: Maaf kepada yang tak berapa faham dengan kronologi ni ya!

NCR = Non Conformance Report

3 comments:

Anonymous said...

budak biak ngan budak baik kan lebih kurang sama je.. cuma ejaan je beza.. wakaka

-eiman-

luluchen said...

mak kt suruh guna budak baik la...

♥S@R@♥ said...

saya faham cikgu..hehe
best la tgk syurga cinta malam tadi