May 12, 2009

lambat tapi nak juga...

Bersempena hari ibu yang lepas, aku terlepas nak kemaskinikan blog ni...atas alasan yang membosankan(tapi nak bagitau juga, aku sibuk mengemaskini prosedur syarikat...wah!nak perkataan yang nampak gah je kan..)

Bersempena hari ibu yang lepas, aku sibuk juga melayan Mak (aku takda wang nak dilaburkan untuk beli hadiah kat Mak...Maka,tulang belulang dan lemak-lemak tepu jugalah yang dikerah pada hari itu)urut Mak, tolong Mak kemas rumah (padahal Mak juga yang kena masak,eh!aku kan balik kampung...Dah lama tak rasa masakan Mak yang Super Duper Sedap!. Mak pula memang tak pernah rasa masakan aku,hihi...Maaf ya Mak,tunggulah anakmu ini pandai mencampurkan garam/gula dalam masakan) dan paling penting sekali membawa Mak berpoya-poya...Ya, Mak memang suka berjalan-jalan di komplek membeli belah (aku pun!penyakit genetik kot..) Jalan-jalan je,bukan meleburkan wang ok...Tapi kadang-kadang TERlebur juga secara separa sedar (bukan salah kami ok, barang-barang didalam kedai itu melambai-lambai kami dengan penuh keasyikan... Dan membeli belah dengan Mak memang sangat mengembirakan...(baca je la berapa panjang aku taip bab membeli belah ni tanpa menekan butang ENTER pada papan kekunci ni kan..)

Dan senyuman lebar diwajah Mak sudah cukup membuatkan aku hati aku senyum juga walaupun tak la lebar mana(tak puas, kalau boleh nak bagi semuanya kat Mak)..Hadiah memang tak seberapa, tapi membuatkan seorang Mak itu tersenyum pun sudah cukup bermakna, apa lagi nak membalas jasa budi Mak yang pada aku memang seorang 'Super Duper Mak'!

Bila adik beradik aku bagi hadiah macam-macam kat Mak, aku mula la rasa macam nak menyorok kat atas tempat letak tangki air rumah(tempat menyorok kegemaran ok!tapi aku dah 'besar' nanti roboh pulak sapa yang nak baiki kan...)

Tapi Mak tetap Mak, Mak cakap kat aku "Mak tak nak apa-apa,yang penting anak-anak Mak sentiasa beradap berilmu, taat pada Allah & nabi, jangan tinggal solat!jaga maruah diri & keluarga, Mak sayang & kasih pada na". Wah!masa ni memang rasa nak meleleh la...

Mak memang Super Duper Mak!Terima kasih untuk segala-galanya...Terima kasih kerana sudi menghulurkan wang pinjaman kepada anakmu setiap kali anakmu tak cukup wang bila tiba di kaunter pembayaran. Terima kasih kerana sudi temankan anakmu keluar masuk kedai-kedai di komplek membeli belah yang berbeza semata-mata kerana tidak dapat kasut yang diinginkan...(Semangat & keinginan mencari kasut tak dapat dibendung,maaf ya..Tapi Mak pun kadang-kadang paksa na pusing kedai-kedai berkali-kali, sebab mak suka beli kasut salah saiz)kita tak kisah kan?kita kan kawan baik...

Mak, pada aku memang seorang yang sangat tabah & sabar...

Mak dilahirkan oleh keluarga cina dan kemudiannya ditinggalkan di rumah anak yatim...sehinggalah Mak ditakdirkan Allah untuk diambil oleh keluarga melayu sebagai anak angkat mereka, Paling penting sekali, Allah memberkati Mak dengan Islam (syukur yang tak terhingga..apalah nasib kalau Mak diambil oleh keluarga bukan islam). Dan mendengarkan cerita-cerita Mak semasa kecilnya memang sangat menginsafkan aku...(tak perlu cerita kat sini la...)

Sehingga lah sekarang ni, aku tau bila orang lain bercerita tentang Mak mereka, aku nampak wajah Mak berubah sedih dan sayu...lagi-lagi bila tiba hari raya,Mak memang teringin sangat nak jumpa keluarga kandung dia..apakan daya, walaupun tak dapat kenal dan berjumpa, doa dan bertawakal saja lah yang dapat kami lakukan...semoga keluarga kandung Mak mendapat hidayah dan rahmat Allah...Amin!

Kalau nak bagi ucapan kat sini, memang akan panjang la...lebih baik aku ucapkan sendiri kat Mak...lebih ikhlas dan bermakna kan.

Sayang yang tak terhingga kat Mak & Ayah. Jasa mereka memang tak terbalas sampai bila-bila... Semoga kami sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. Amin...

8 comments:

♥S@R@♥ said...

Amin..nape ko xbawak akak jalan2 sekali..hehe xlama lagi akan ada hari kakak sedunia lak..haha

SELAMAT HARI IBU untuk makcik murniyati..(maafkan sy ea makcik terlabat wish)..nasi lemak makcik sedap..dah lama xdtg makan kt rumah makcik..rinduuu

arahan kpd cik lulu : sila smpaikan kpd makcik murniyati walau apa cara sekalipun..hehe

luluchen said...

hari kakak sedunia?maknanya kakak la yg nak kn sponsor shopping ni...yahoo!!

xpe kalau xsampaikan kat mak kt kan..sbb nama dia Morniyati,huhu..

nas said...

to sara :- ooooooooo patut la

luluchen said...

apa yang patut?

♥S@R@♥ said...

huhu..ala salah eja je..

luluchen said...

uish..kira jgk tu bak kata seseorang yg rajin menyemak ejaan orang lain..ops!

Anonymous said...

apesal macam terasa je nih.. huhu

-eiman-

luluchen said...

haha,terasa tang mana tu?