Jun 5, 2009

Pelayan! tolong bawa ikan makan kaki ke mari...

Semalam separuh hari aku terbaring...sakit itu menyerang lagi, cuba bertahan untuk tidak makan/telan pil...tapi tak boleh tahan sebab aku dah mula pitam dalam tandas...nak tak nak cari juga pil itu. Takut juga nanti ada kesan lain...sebab aku terlalu bergantung dengan pil bila sakit tu datang..

Sekarang aku nak cuba makanan sunnah yang sahabat aku usahakan, nama dia Qhazanah, baru seminggu makan...kesan?alhamdulillah ada sikit perubahan, yela baru seminggu kan. lepas ni aku akan update perubahan selepas sebulan ya...eksperimen kepada diri sendiri. kita kena usaha kan?semoga usaha kali ini berjaya...

Malamnya cik kupu-kupu ajak teman dia ambil barang, maka dapat la aku hirup oksigen diluar setelah terbaring lesu separuh hari.

Dan kami terjumpa Dr. Fish...dan ianya murah!dah lama nak cuba benda ni, tapi mengenangkan helaian wang dalam dompet, hajat itu terpaksa dilupakan...(mahal tau Dr. Fish ni...aku try kat kolam ikan ayah, ikan-ikan ayah lintang pukang berenang jauh2...wei!korang ingat korang tu wangi sangat ke?aku basuh kaki la!...mau kena duku ngan ayah, kalau dia tau aku buli ikan - ikan dia ni)

Tapi semalam kami terjumpa yang murah...ikan-ikan tu pun macam kebulur je, maka kami pun bermurah hati sedekahkan kaki kami untuk mereka. Ada juga yang mati, mungkin mati kekenyangan (bukan mati sebab kaki busuk ke?), geli ok!!(cik kupu-kupu celup kaki dengan muka yang selamba...)aku?buat-buat tak nak fikir...memang geli la kalau dok tenung je ikan-ikan kelaparan tu melapah kaki aku..Hasilnya...memang bersih kaki kami, terima kasih ikan! lain kali kami kembali ya!jangan sakit perut pulak...




Nota kaki: Hari ini sedang menahan diri daripada memandang pil itu...(bila dah pandang mesti nak makan, sebab dah macam tak tahan sakit ni...)Doakan aku dapat bertahan ya!

4 comments:

nas said...

teruk tul cik kupu2 gan chena ni,mesti kaki busuk sgt smpi ikan banyak keliling kaki..hehe

luluchen said...

ele..abg tu kalau mskkan kaki mesti ikan2 tu muntah2 hijau..haha

Anonymous said...

suRaya says : try masuk kat kolam Phirana...nak tengok kesan camna!!

Anonymous said...

sempat nak tengok ke beb?dalam masa 5minit ang tinggal darah je dlm kolam tu..sbb darah je yg dorg xleh nk kunyah

-lulu-