Jul 31, 2009

sebelah kaki masuk longkang

Apa perkara/kejadian memalukan diri sendiri dikhalayak ramai yang pernah kamu alami?

Aku?

1. Tengah jalan-jalan dengan muka yang yakin dan tak nak senyum, sebab berlagak giler dapat keluar naik bas awam tanpa pengawasan ayah dan mak (keluar dengan kakak kandung pun dikira jugak), tiba-tiba sampai dikawasan pusat perhentian bas yang penuh sesak..serta merta muka bertukar menjadi biru!sakit wooo!!!!(tapi rasa malu telah mengatasi rasa sakit...)kaki sebelah dah tembus dicelah-celah jeriji longkang!!nak nangis kat situ...kena kontrol ayu sebab tadi dah jalan dengan muka berlagak bangga...jadi,berjalan dengan menyorokkan muka dibelakang kakak kandung sambil lap air mata kat baju dia...

2. Tengah syok-syok menyanyi dengan kuat sambil melangkah masuk ke bilik darjah(dengan tanggapan cikgu takda dalam kelas...tapi pelik juga sebab kelas hari itu sunyi sepi),menyanyi lagu tiga kupang yang digubah menjadi "Aku nak tido...tido..tido..tido..", pandang ke hadapan..nampak wajah cikgu disiplin! Dan sehingga tamat waktu pembelajaran, aku diarahkan untuk menyanyi lagu itu disetiap bilik darjah yang ada..

3. Seluar terkoyak dicelah kangkang,besar pulak tu!sewaktu bekerja sambilan sebagai pembantu kedai..alamak,macamana nak jalan ni...nak balik rumah jauh la pulak,sape suruh duduk tak reti diam...(tunduk dan menyesal..)ok,fikir cepat!pelanggan belum datang lagi ni...segera talipon puan bos(yang baik hati) nak minta balik sekejap tanpa memberitahu kejadian sebenar, jalan kepit-kepit sampai kat kereta(nasib hari tu memandu kereta,kalau motosikal?sah2 la kena kangkang masa nak naik tu), Dan puan bos panggil!hah?tidak!!kang koyak lagi besar kalau aku patah balik kat dia. tambah kelajuan langkah....buat2 tak dengar dia panggil...sampai rumah,kena balun gelak dengan mak(tahan...tahan..nak kena budak mak ni) minta mak jahit balik seluar tu (supaya tiada syak wasangka dari puan bos yang nampak aku jalan kepit-kepit...), sampai sekarang aku simpan dan kadang-kadang pakai lagi seluar tu.

4. Bersin dan terkentut dalam waktu yang sama ...(magik kan?...ala,korang pun pernah kan,baik mengaku cepat!ke aku sorang je yang macam tu?kira kelebihan la tu...mana korang nak?tak boleh rasa nikmat kentut & bersin atau duit satu juta?)

5. Langgar perut orang di pasar malam...minta maaf ye abang roi,mesti senak tu kan..hihi(mak kata aku kalau berjalan suka berangan,melopong je...nasib ayaq lio tak meleleh)

7 comments:

nas said...

ish...ish..mmg memalukan n kelakar..awek sape la yg tkentut tu..hehe

~ n i e d a * l i e s z m a ~ said...

penah2,,klo ingt smpai skrg malu giler xterkate!

Anonymous said...

langgar perut orang dengan perut sendiri ker? haha

-eiman-

ibusinga said...

ekekekeke....
kena nyanyi kat setiap bilik darjah...
ekekeke..
sekolah mana dulu ya???

Anonymous said...

abg: tak tau awek sape ke?

nieda lieszma: tapi tu la kenangan terindah kan,buat kt senyum sorg2..

mr.eiman: dengan perut sendiri?blum boroi tahap nk langgar perut-perut la,huhu..lain la mr.eiman...kih2

ibu singa: itu budak kicik dlm perut belum mau keluar ka?sekolah kena rahsia...hihi,nanti kantoi dengan kwn skola bahaya..suma crita dia nk gali..huh,tak sanggup...

-lulu-

♥S@R@♥ said...

adei lawak la..haha..

Amphenous said...

haa...btol2...mmg lawak cik lulu niey kan??nampak diam...ghopenye kaki lawak gak...paling tak tahan masa langgar perut kat psr malam...hahha...terasa omar nnt...ngeh3...

p/s: amph py dah kurang sket..harap maklum yerk...keh3...