Aug 11, 2009

Beliau membelah beli

Baru minggu ni la aku dapat melepaskan tekanan yang termendap sekian lama...tekanan apa?tekanan tak dapat shopping...tertekan tau!

Shopping ni salah satu terapi tekanan...jadi, kepada sesiapa yang tak berminat nak shopping (terutama kaum lelaki yang gagah perkasa serta kacak bergaya!)ehem..ehem...tak kan tak paham lagi?..sila lemparkan wang-wang anda kepada saya, dan saya dengan sukarelanya akan 'shopping'kan wang anda dengan sewenang-wenangnya.

Oleh kerana terlalu lama tak shopping (bukan cikgu suraya, ang percaya tak?tertekan kan?), maka seluruh pelusuk komplek membeli belah itu ada aku (Sila rujuk didalam cctv komplek tersebut)...sehinggakan uncle tokeh nak tutup kedai pun aku buat-buat tak tau...tak nak keluar(nak sedut nafas shopping lama-lama...)

Sehinggalah pengumuman dibuat "Kepada pelanggan yang dihormati..tak reti-reti nak balik ke?kami dah nak tutup pintu pagar dah ni" (yang ni kalau aku yang jadi announcer tu la..dengki sebab kena kerja & tak dapat jadi pelanggan yang dihormati)

Oleh kerana seluruh pelusuk komplek aku nak pergi..apa yang aku nak, tak dapat nak beli...gelojoh sangat kan?...semua nak tengok,semua nak pegang...semua nak test...(wei!bukan gelojoh la..eksaited tau tak?)


Oh ya...oleh kerana virus merbahaya yang semakin menular sekarang, aku sebagai seorang yang mempunyai antibodi yang agak lemah, maka perlulah lebih prihatin dan berjaga-jaga. Dan semua yang melihat, melemparkan pandangan pelik dan gelak-gelak memerli, kerana masih lagi ramai warga selangor yang kebal dan tahan virus H1N1, aktiviti shopping aku terasa seperti "Akulah MJ"! (Ooo..korang gelak-gelak kat aku ya...)

Tapi pelik juga...kenapa masih ramai lagi yang tak peka?

1. Kamu memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga jika kamu masih belum terkena jangkitan virus.

2. Kamu perlu memakai topeng muka sebagai langkah menghalang dari 'mengenakan' jangkitan virus kepada orang lain jika kamu sudah pun dijangkiti virus tersebut.

Tapi tidak mengapa jika kamu sememangnya kebal dan sudah menuntut, bertapa didalam gua sehinggakan tiada penyakit apatah lagi virus yang boleh menyerang kamu...Dan kamu juga tidak akan membuatkan virus itu membiak kepada orang lain (jika ya, kamu memang seorang yang biak, kopalo banak...)

Sekian, pakai topeng muka jika kamu berada ditempat yang ramai orang kebal virus, dan kamu juga akan terselamat dari menghidu bau rambut/baju tak basuh berjam-jam apabila kamu perlu beratur di kaunter bayaran dan kentut yang dilepaskan didalam lif dimana semua orang buat muka tak bersalah..

8 comments:

nas said...

wah ni mmg rakyat yg bgs..jg kesihatan semua..hehe

sape kacak bgaya yg nak hntr duit utk shopping tu..?

Amphenous said...

eh...naper dalam setiap blog ader perkataan kentut??hehehe...kena tukar nama niey...lulutut...haha ;p

luluchen said...

abg: sapa2 yang trasa dia kacak bergaya la...nak no akaun?

amph: kentut itu bagus utk kesihatan la, ele amph tu..ritu ada tdgr bunyi lain mcm je kt dlm sungai...ops!

suray4 said...

bestnye...shopping!
lama gak xpg ni :(

tertekan la!

nas said...

eleh no akaun tu dah dpt lama dah...sbb tu gi shopping..

suray4 said...

wa..ada funder ke?
bestnye abg nas lulu ni!!
suspek la

luluchen said...

hep2,shopping duit sindri la...menabung demi shopping tau

nas said...

bgs2 teruskan menabung..jimat la kahwin nnt x pyh bg duit..hehe