Mar 29, 2010

Selaput

Mata korang ada selaput tak?yang macam cecair/lendir warna putih kat celah-celah biji mata,adik aku cakap selaput dara dimata.

Tiap-tiap hari lepas bangun tido mesti nak kena lap-lap biji mata...lepas mandi lap biji mata dulu sebelum lap badan...sampai ofis pun kena lap biji mata sebelum tekan punat komputer...

Sebab selaput ni selalu mengganggu penglihatan,terutamanya ketika melihat anak jiran yang kacak..nak kena lap-lap mata padahal selaput dara dimata yang menganggu.(macam terlalu teruja melihat kekacakannya lantas perlu lap mata untuk lebih kejelasan,lepas tu anak jiran macam terperasan lantas senyum-senyum kambing sekali ternampak gigi rongak dia!kantoi...dah tak kacak...)

Dan kadang-kadang jari yang kotor digunakan untuk mengelap biji mata!boleh buta ini machiam...

Goooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooogle...

Terjumpa petua ini,


MATA BERSELAPUT

Masalah berselaput dalam mata.

Bahannya :
- Madu lebah asli.
- pucuk sirih.

Caranya:
-Masukan setitik atau dua titik madu lebah kedalam daun sirih (pucuk sirih),
-kemudian gentel campuran daun sirih dan madu lebah hingga sebati.
-Lepas tu... titiskan kedalam mata yang menghadapi masaalah berselaput.
-Amalkan dua atau tiga kali .

Insyaallah , selaput akan hilang dan tak berselaput lagi


Lintasan semula zaman kanak-kanak, aku kena sakit mata..dah tentu la meraung sekampung sebab nak buka mata tak boleh (mimpi ngeri tau tak!macam ada hantu gam mata korang masa korang tido)

Kebetulan nenek aku datang, petua orang dulu juga lah digunakan...nenek kisar daun sireh + air, kemudian dituang nya atas kepala sambil suruh aku buka mata. Pedih ya ampun!!!meraung lagi la aku...mujarab jugak la.

Tapi petua kat atas tu kata suruh titik je!nape nenek tuang semua atas kepala?adakah ia disengajakan?apa motif nenek?isk...tapi tak kisah la,yang penting sihat.

Jadi, adakah petua orang dulu lebih berkesan dari ubat - ubatan?

Petua:

1. Bahan semulajadi
2. Murah
3. Mudah untuk didapati, Susah untuk digunakan/amalkan
4. Keberkesanan?belum tentu berkesan

Ubat:

1. Mengandungi bahan kimia
2. Murah(guna klinik panel syarikat), Mahal(guna duit sendiri)
3. Mudah untuk digunakan
4. Berkesan?mungkin ya..mungkin tidak..mungkin lambat..mungkin cepat..mungkin..


Ok dah,bye!

Nak lap biji mata...

2 comments:

Anonymous said...

susah sangat tak yah bukak la.. haha

-admin-

Anonymous said...

susah sangat tak yah bukak la.. haha

-admin-