May 31, 2010

Dedikasi untuk rempit

Lalu lintas dari klang hingga bandar baru bangi agak lancar hari ini...

Aku mulakan pagi dengan senyuman...

Dengar radio dan ikut menyanyi tanpa gerakan bibir...(rasanya, agak memalukan jika sesiapa terlihat aku menyanyi dengan penuh emosi dipagi hari)

Dan agak ajaib hari ini kerana aku berhenti dibarisan pertama di setiap lampu isyarat...(sila jangan kejar lampu kuning)

Seperti biasa, dibarisan hadapan penuh dengan penunggang motorsikal...

Bukan nak perasan, tapi menakutkan bila...

Ada orang ketuk-ketuk cermin untuk minta nombor...

Sangat-sangat mengganggu pagi aku...



Notakakiantirempit: Pandangan dan senyuman 'rempit' di setiap lampu isyarat memang sangat mengganggu emosi!

3 comments:

Dr Singa said...

sungguh berani mamat itu...
(dia ketuk2 sebab nak berkenalan kot....)

upik said...

pernah terjadi gak kat saya...seorang mat rempit ketuk tingkap...muka nmpak ganas...ingatkan terlanggar side mirror dia ke apa..rupanya cuma nak bagi tau kain saya tersangkut pintu...

Anonymous said...

k.izat: mmg pon,siap kenyit2 mata lg..

upik: kdg2 muka je rempit kan..hati jambu

-lulu-