AMARAN: ENTRI PALING TAK TENTU ARAH & TAK HABIS SEBAB EMO PASAL KAIN TENUN ASLI..HIHI,ALASAN...BLUEEWEEEKK!!BLOGGER DAH BARU TERUS TAK SELERA NAK UPDATE..KEPAM ENTRI BERTAHUN2..
Tada!merayap kat Medan & Danau Toba...terus jadi malas nak update semuanya, tak nak kerja dah kot...nak merayap!nak merayap!rebel..rebel..
(lama kot aku kepam entri nih)

Kali ni tujuan utama merayap sebab nak tengok adat istiadat perkahwinan orang medan & nak bedal semua makanan yang boleh dimakan...Kebetulan pulak kak rika (saudara aku) jemput kondangan kawen dia. Laju berdesup ler aku tempah tiket.
Cuti-cuti kali ni tak payah susah-susah nak cari supir & hotel, kitorang menginap je kat rumah pak maruto plus hakim dah sewa van untuk kegunaan semua. So, dah jimat belanja kan...senyum lebo!
Kali ni aku pegi dengan adik aku dua orang & sorang sepupu, Dari rumah naik Komuter sampai KL Sentral naik bas ke LCCT. Backpakers style ler kononnya nih..tapi siriusli jimat!aku pulak memang bajet tak berapa nak banyak,tapi cita-cita tinggi melambung tak hengat nak merayap keliling alam...
Pendek cerita kitorang sampai Medan jam 10.30malam dan rahmah & agus dah sedia menunggu. Terus je pegi jumpa pengantin kat rumah mertua dia sekejap amik gambar bagai & balik ke rumah pak maruto. Setakat yang aku tengok preparation dorang sama jugak macam kat malaysia. Pakai inai & hias bilik pengantin...Cuma kak rika buat kenduri kat dewan,so belum tengok lagi pelamin dorang.


Lepas tu siap-siap nak gi kenduri kak rika, ops lupa...dorang dah nikah siang tu sebelum flight kitorang. Tak dapat nak tengok cara nikah dorang, tapi tengok kat gambar..dorang nikah macam kat dalam citer sinetron tu lah jugak...rugi tak dapat tengok live.



Masuk je dewan, kagum lagi...makdatuknenekayahmoyang,punyalah besar & panjang pelamin dia. Siap pelamin untuk parent dua-dua pihak lagi. Dah abes kagum, masing-masing gelabah cari makanan...macam kat malaysia juga, kenduri start tengahari & makanan keluar pun tengahari la.





Kitorang tunggu sampai ke habis majlis...dapat lah tengok cara & adat orang sana dalam majlis macam ni.
Masa yang dinanti-nantikan...merayap sambil makan-makan!kitorang memang bertuah lah sebab ada sedara yang boleh tunjukkan apa yang nak dimakan,apa yang menarik nak tengok or buat.


Hari selepas kenduri, kitorang merayap kat danau toba pulak...tak sah la kalau jejak medan tak jejak danau toba kan. Tapi perjalanan nak sampai ke sini mashaallah lah jauhnya dari kota medan. Rasa macam nk pergi kelantan je dah...6-7jam!itu pun yang bawa kereta tu expert lah..tak berhenti pon.kalau berhenti-henti mau satu hari memandu. Yang pergi tu semua sedara mara..so, kepoh kecoh la macam biasa.

Danau Toba dingin!kitorang sampai danau toba dalam jam 6pagi+-, bertolak jam 10malam+- (tanpa henti..bayangkan je la jah!). Nasib la bawak baju lebih,sepupu medan aku lupa pulak nak bagitau awal-awal yang kat sana dingin..waduh2.
Lepas rehat-rehat, sepupu medan aku carikan makanan sebab katanya susah sikit nak cari makanan halal kat sini. Walaupun ada yang pakai tudung, belum tentu dia islam. So, sesiapa yang melawat danau toba ni aku cadangkan makesure lah tourguide korang tau mana nak cari makanan halal.
Makanan pun telan sebab tak nak perut kosong je (tekak aku lah,padahal aku baham je semua..hihi)

Siap semua, kitorang cari boat untuk ke pulau tengah-tengah danau ni...pemandangan memang heaven lah..dengan angin dingin menyusup ke tulang belulang. Cari boat pun nak kena pandai,takut kena tipu even orang dari kota medan pun (senang cakap semua urusan kitorang kat sini,sepupu medan aku yang uruskan lah..kitorang tinggal nak menikmati je..hehe)
Naik boat nak ke pulau dalam 25minit tak silap aku la..sepanjang dalam boat tu memang mengadap air & pokok & gunung batu kapur keliling danau (sangat cantik ciptaan tuhan), tapi selain tu ada 'Samosir band'(kitorang yang bagi nama ni) yang akan hiburkan penumpang. Band ni terdiri dari budak-budak kecik seluar & baju koyak-koyak (psyco mungkin), mungkin anak or sedara tokey boat tu. dorang takda alat muzik...berbekalkan tapak tangan & peha je jadi alat muzik dorang. Lagu apa memang kitorang tak faham, memang menghiburkan lah.
Selesai buat persembahan, budak-budak ni bawak plastik keliling boat, kutip derma...lagi ramai pelancong lagi banyak lah dapat.






Hari esoknya sebelum balik kitorang pergi jugak lah shopping kat pasar lama...dulu tempat ni pasar basah, tapi dah dijadikan pusat perniagaan kain-kain,baju-baju & etc lah. Nak shooping kat sini pun kena pandai - pandai tawar...biasa la tipu menipu tu memang banyak, so cara paling selamat bagi kitorang adalah dengan tutup mulut diam-diam,tunjuk je apa nak then sepupu aku lah yang tawar menawar...harga pelancong dengan tempatan memang berbeza sangat-sangat. Tapi kitorang pun takda lah nak memborong sangat pun..


Ini di'kata'kan kain tenun asli, sangat murah...siap bagi contoh kain untuk dirasa,diramas,dikeronyok,diremuk, tapi yang dalam plastik ini tidak boleh dibuka..boleh lah nak buat buahtangan untuk kawan,kawan,kawan.TAPI,bila dah beli cepat-cepat dorang ni cabut, masa tu takda lah kitorang nak saspishes sangat.
Selesai shopping terus ke airport...rupanya kain tenun asli dah serupa khemah camping!dah macam plastik,bak kata mak 'nak buat kain buruk or alas kaki pun tak layak'..
Gambar je...(tak rajin nak buat caption,but the picture speaks for itself..)
No comments:
Post a Comment