Nov 21, 2008

aku tidak canggih bahasa inggeris

hah!kena tag?apakah tag tu?jap nak cari kamus...
1.tag = label; bahagian hujung tali kasut (tagged = merangkaikan;menyambung;membubuh label
2.tag = permainan kanak kanak (kejar mengejar)

jadi aku menganggapnya permainan kanak -kanak, aku tidak mahu mengejar dan dikejar dan aku bukan lagi kanak - kanak. tetapi setelah diteliti jawapan dan soalan tersebut, aku sebagai bukan kanak - kanak perlu menganggapnya label, ya!melabelkan seseorang. maka aku telah dilabel.

jadi aku akan jawab soalan dibawah dengan betul sambil melihat makna didalam kamus;

1. Your name/username:
luluchen(bukan nama sebenar)/luluchen

2. Left handed or right handed:
kedua2 tangan masih befungsi dgn baik,tetapi aku menulis menggunakan tangan kanan.

3. Favourite letter to left: (soalan ni aku tak faham)
left = kiri
left = orang yang menyokong sosialisme yg keterlaluan daripada yg lain2 dalam kumpulan mereka.
left = lihat leave(leceh la kamus ni..)
leave = bertolak atau meninggalkan

kalau lihat orang lain jawab,dorg letak huruf...aku mana pernah tertinggal huruf.aku tak pelat atau sengau dan aku pandai ABC

4. Least favourite letter to right: (yang ni lagi la tak faham)
right = kanan, elok, betul, baik, keadilan, hak, puak kanan

kat papan kekunci ni paling kanan adalah huruf P,tapi aku tak nak mengaku aku jarang menggunakannya..jawapan ini sekadar melihat fakta didepan mata.

5. Write "The quick brown fox jumps over the lazy dog"
Harap maaf, aku telah tertulis perkataan ini diatas kertas menggunakan tangan kanan dan tiada huruf yang tertinggal.

6. Tag 6 people:
1. nak tag cikgu bahasa aku la...Puan suraya,anda telah dilabelkan oleh saya.
2. seterusnya cikgu html...En. waldo
3. dan cikgu blog stuff...Mr. eiman
4. kakak saya yang sudi tag saya...Mizbutterfly (yg ni kira pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas la kan)
5. maryam merajuk (sebab ko sudi jugak add aku kt bloglist ko)
6. sesiapa yang rasa nak jawab dan mempunyai jawapan bagi soalan2 diatas(paling penting canggih dalam bahasa inggeris bukan macam aku)

No comments: