Nov 25, 2008

berjemur dibawah matahari

Setelah sekian tahun tidak menjejakkan tapak kaki kat pasir pantai,akhirnya ahad lepas terjejak jugak tapak kaki basah aku ni kat pantai bagan lalang,sepang. 2jam perjalanan dari klang,aku tak mengeluh sebab aku duduk dengan gembira dan tenang ditempat duduk belakang(kereta rizal).

Kami berkhemah,bakar ayam,kerang,sotong,ikan,sosej,kepah,keropok lekor(jgn ingat blh goreng je),bermain,mandi sudah tentu,berjemur dibawah matahari yang terik (pening2 jugak la kepala)tapi demi hari yang sudah lama tak dinikmati...terik matahari sudah tidak menjadi halangan.

Semuanya gembira2 saja...


Permainan ini dinamakan Galah Panjang klik sinianda perlu mengecutkan badan apabila berada didalam petak yg telah ditanda, supaya anda tidak mati..sungguh menakutkan bukan?tapi aku mmg selalu mati bila main permainan ini..mungkin aku tidak sekecut yang memungkinkan aku hidup utk memenangi permainan itu.



Ini adalah akibat daripada lupa untuk menyapu sunblock pada tangan,muka terselamat kerana telah siap disapu sunblock sebelum memulakan perjalanan.(kalau aku ckp aku celup tangan dalam minyak panas korg nak percaya tak?)



Setelah berendam air masin,muka perlulah dibilas air tawar..maka berderet2 lah kanak2 yang beratur utk membilas muka dgn air tawar.



Pernahkah kamu berkeinginan utk 'menculik sekejap' kanak2 yang comel apabila beliau berada berseorangan?(kalau mak ayah beliau ada mesti la korg cubit2 pipi beliau je kan...tak berani la tu)tapi aku berjaya!sebelum beliau diselamatkan oleh makcik beliau..

No comments: