Nov 14, 2008

Basah,korang basah ke?

Entri ini dikhaskan untuk sesiapa yang mempunyai tangan yang basah(tapak tangan),tapak kaki,ketiak,kadang2 hidung,kepala dan anggota badan yang lain.

Hyperhidrosis (the medical term for excessive or uncontrollable sweating),maknanya bukan salah kita kerana mengalami peluh yang tidak terkawal dan tak dapat dikawal..

http://en.wikipedia.org/wiki/Hyperhidrosis semua ada kat sini.

Dan aku juga mempunyai masalah hyperhidrosis walaupun aku bukan lah seorang budak yang hyperactive. walaupun waktu aku pasif dan hanya duduk diam seperti budak yang baru lepas kena mara sebab pecahkan pasu bunga jiran.hyperhidrosis ni juga kadang2 menyusahkan kadang2 ada juga kelebihannya..

kekurangan/kesusahan:

1. setiap kali nak menulis,mesti buku/kertas/tangan jadi comot dan perlu menyediakan sehelai kain utk lap buku/kertas/tangan.(lagi2 waktu peperiksaan...aku memerlukan kertas jawapan yang byk bagi menjawab hanya 1soalan,nasib kertas tu free)

2. setiap kali nak salam orang, wajib lap tangan kat baju dulu..ini sangat memalukan apabila selepas meeting atau majlis2 formal dan aku perlu bersalaman.(tapi kalau family aku dah xkisah,sbb kami juga berkongsi tangan yang basah kecuali parent aku)

3. kain atau baju yang berwarna cerah pastinya akan nampak basah2 (bukan corak baju tu)sebab tiap kali nak kena lap tangan sbb terlupa bawa sapu tangan.

4. orang akan percaya bahawa aku meludah kat tapak tangan sebelum salam mereka (kira macam geng2 punya salam la)tapi aku tak pernah ludah pun,aku pun tau geli walaupun dgn ludah sendiri..

5. apa - apa yang aku pegang akan turut basah sama..dan sekarang tetikus dan lapik tetikus aku sudah basah,mungkin aku perlu tukar lapik tetikus plastik.

6. perlu kerap tukar stokin kerana baunya yg harum.lagi -lagi selepas jogging aku tak berani nak buka kasut (walaupun orang tu pelawa aku masuk rumah dia,bermacam2 alasan akan ku berikan supaya aku xperlu buka kasut).sebab tu aku jarang pakai kasut,dan kasut kerja aku jenis berlubang2(sengaja aku beli yang mcm ni dgn harapan udara dapat menyejukkan kaki)dan aku juga bernasib baik kerana tidak didenda kerana jarang pakai safety shoes bila masuk ke kawasan production kilang.

7. henpon akan cepat rosak (masuk air peluh, housing terkopek2 kerana pH asid peluh yang terlampau) bukan salah aku kalau henpon aku buruk..peluh ni yang tak boleh dikawal.

8. lantai rumah akan cepat kotor..(kalau tapak kaki kering mungkin payah nak nampak kekotoran tu)tapi kalau tapak kaki basah?maka terbentuk la kesan tapak kaki dan senang untuk dikesan oleh mak aku.(dah kena mop satu rumah,termasuk la tempat2 yang aku tak lalu)

9. takut untuk memegang alat2 elektrik (mesin photostate,radio,tv,apa2 yang ada arus elektrik)ya,memang aku selalu terkena ni..memang tak sakit sangat,tapi kalau anda selalu terkena elektrik..maka selepas itu apabila anda tersentuh tangan atau kulit sesiapa,anda akan tetap dikejutkan dgn arus elektrik itu.(cas elektrik dalam badan dah terlebih)

10. apabila aku tabur bedak kat tangan,secara otomatik bedak itu akan bertukar menjadi bedak sejuk (yang kalau korang pakai time mlm2 utk mencantikkan kulit muka) tapi kulit muka aku tak cantik2 pun?mungkin aku patut tukar bedak..


Kebaikan/kesenangan:

1. kulit tangan sentiasa lembut dan tak perlu pakai pelembab.(tapi kena jugak kutuk..orang kata kalau tapak tangan halus,orang tu pemalas buat kerja)mana adil macam tu..


kesimpulannya, segala kesusahan dan kekurangan diri ini ku terima dan akan cuba membina keyakinan diri (Ya!mmg tangan aku basah..so what?)yakin diri...yakin diri..yakin diri...

Aku: minta maaf ya,tangan saya basah..mesti awak tak selesa kan.

Kamu: owh!takpe...(mata memandang tangan aku,mulut senget2 geli,tangan sorok kat blakang sambil lap kat baju)

Aku: (aku nampak la apa korg buat...terasa tau!)pasni jangan salam saya lagi ye...

Kamu: eh!takda apa2 la...cuba senyum(bagus!geli aku ngan budak ni..)


yakin diri...yakin diri...yakin diri...patutkah aku mengikuti kursus keyakinan diri?

2 comments:

NeSLo said...

lorrr... ade ek kes smpai mcm gitu?
xpenah lak jumpe.. hehehe

luluchen said...

ada,kalo nak jumpa kes,tu jumpa la lulu : )