Dec 22, 2008

Aku tak rela (survey)

Aku telah dipaksa cuti bermula 25hb(yg ni mmg cuti ok) ~ 5hb(sangat lah panjang).Dan cuti ini adalah bukan diatas kerelaanku (kerana cuti tahunan yg diperuntukkan untuk aku sudah habis!diulangi SUDAH HABIS!)dan cuti ini adalah tidak bergaji(Tidaaaaaaaak!!!aku rela bekerja sebagai operator asalkan gaji tidak dipotong)

Maka dengan ini aku ingin membuat survey tempat2 percutian/aktiviti2 semasa cuti paksa ini, sila lah beri cadangan untuk aku berpoya - poya sepanjang cuti tanpa gaji aku ini : (

Dan percutian/aktiviti2 itu hendaklah mempunyai ciri2 berikut;

1. Kos dan Kewangan yang sedikit(ingat...cuti tanpa gaji ok)
2. Sangat seronok dan gembira(tahap paling minima ialah,aku senyum semasa aktiviti itu)
3. Kalau percuma/tajaan lagi bagus maka kasih sayang aku kepada penaja itu akan bertambah(bukan sebagai kekasih kerana tiada kekosongan lagi utk jawatan itu)
4. Bersama kawan - kawan yang seronok dan gembira sahaja(maaf kawan2 yg sedih,aku juga sedang bersedih kerana dipaksa cuti tanpa gaji...sedih kan?)
5. Persekitaran yang selamat,selamat,selamat,bersih dan SERONOK

Sekian dulu, segala jasa baik anda adalah dihargai dan akan dipertimbangkan.

Terima Kasih.

2 comments:

nurizan said...

huii lamanya cuti? bleh la poye2 ngan boipren... ni applicable kepada orang SAI kat stc ke tak nih?

luluchen said...

applicable for SAI only and this information is private limited,eh!private n confidential..haha,meaning im the one who 'pecah lubang' yahooo!don't kasi tau kat bos tau...

p/s:berpoya2 bersama2 la..