Dec 22, 2008

Mari Belajar Engrish!

Semalam dengan semangat yang membuak - buak,aku memandu kerumah kakak semata - mata untuk tgk dokumentari 'Mad about English' kat saluran discovery(rumah aku takda astro ok) aku memang minat sangat tengok kehidupan sekeliling tapi sedikit malas untuk mengkajinya..jadi tengok saja lah kajian orang lain,lagipun nak travel atau perjalanan yang penuh pancaroba kata cikgu suraya(punya la susah nak cari makna travel ni) jauh2 sampai kat kutub utara nun mustahil la kan...


Ok, berbalik kat dokumentari 'Mad about English'..mengisahkan rakyat di negara China yang bakal menyambut kedatangan pelancong dan pelencong asing,maka persiapan besar besaran dilakukan terutamanya dari segi pertuturan.Seperti yang sedia maklum hampir kesemua rakyat cina dinegara china tidak tahu berbahasa inggeris(dah macam aku lak yang nk wat summary dokumentari nih)

Yang aku kagum ialah usaha dan semangat rakyat china(dorg ni memang pencinta negara,sangat2 patriotik),dari kanak - kanak hingga ke warga emas semua dok rajin belajar bahasa inggeris,dorg langsung tak malu kalau silap dan sedia belajar dan bertanya.
Maka aku pun bersemangat untuk belajar bahasa inggeris dan tidak malu untuk bertanya jika silap..(peraturan pertama ialah: tidak malu/bermuka tebal) jadi sekiranya kamu dengar saya bercakap dalam bahasa engrish,please don't smile2 like stink clamp or laugh like hippopotamus ok!













3 comments:

nurizan said...

betul tu pengalaman gi China memang sengal, tak tau nak cakap inggeris, kalau yang tau pun lebih kurang je ngan aku nyer bahasa, so nak gelakkan orang pun tak bleh sebab satu level jer.. wakakak

luluchen said...

bagus la tu!eh..that's great lah,thats why la peugeot became crucial..hahaha,jauh bebenor ejaan ngan bunyi dia..

ABSOLUTE said...

haha. remove horniness?