Dec 24, 2008

Nanny Fran vs Shania Twain



Aku suka cerita The Nanny disebabkan Nanny Fran la sudah tentunya...walaupun cerita tu bukan zaman aku tapi dapat tengok ulangan pun dah cukup membuatkan aku berangan2 ada Nanny Fran kat rumah aku(walaupun ayah aku tak kaya dan tak mampu nak upah Nanny)

Aku suka Shania Twain disebabkan suara dan bentuk badan dia sudah tentunya (tak salah kan kalau kita suka tgk rupa bentuk seseorang,bukan semestinya kita ada niat jahat ok). tapi aku takda la berangan nak ada suara macam shania (sedar suara aku memang tak merdu) cuma berangan nak ada body macam shania (hot kan?)

Tapi semalam masa aku memandu pulang, jalan agak sesak dan aku goyang2...goyang2 kepala..goyang2...goyang2 kepala(ingat lagi tak ada satu lagu india tu?)mendengar cd shania (aku memang seorang yang akan menghayati lagu dgn penuh perasaan jika lagu itu memang ternyata best)

Aku mula berangan Nanny Fran tengah duduk sebelah aku sambil nyanyi lagu Shania Twain. Betul!suara mereka berdua ini seakan2 sama,muka juga sedikit sama..Maka kami pun goyang2...goyang2 kepala,goyang2...goyang2 kepala..best kan kalau tiap2 hari Nanny Fran teman aku pergi dan balik kerja.

Nota Kaki: Sila basuh kaki sebelum naik kereta dan baca doa sebelum memulakan perjalanan




No comments: