Dec 31, 2008

Kronologi cuti dan Selepasnya

Seperti entri aku tak rela yang lepas...ini adalah kronologi cuti tanpa duit aku.

25 Dec 08
Mandi manda di Kalumpang Resort, Kuala Kubu Baru


Perjalanan dari klang ke Kalumpang memakan masa hampir 2jam,dengan menaiki kereta2 baru seperti Persona,BLM,Gen2 (aku menumpang je..bajet ok)mandi manda sangat gembira,ada BBQ ayam,udang,sotong,jagung,sosej,burger (lapar nya...)tempat mandi memang mengancam denyutan jantung..kerana teruja dengan air yang sejuk (sampai parkinson) dan kedalaman tahap dada.


26 Dec 08
Sesi pengurangan lemak2 tepu di Taman Rakyat,Klang
Berdekatan dengan rumah,yang mana hanya modal peluh saja yang dikeluarkan..agak memenatkan,naik 1o anak tangga sudah kekurangan nafas (akibat kemalasan dan lama tidak bersukan)


27 Dec 08
Bermain boling di Summit,USJ
Tawaran untuk bermain boling agak sukar untuk dilepaskan..dan akhirnya 5 games telah berjaya ditamatkan dengan markah yang agak tidak memuaskan...(tiada alasan kerana memang sudah tidak pakar bermain boling)mahal tau!

28 Dec 08
Melepak dengan keluarga di Taman KLCC dan Suria KLCC

Paling penting dapat bersama dan berhibur dengan keluarga (free je semua tu..)makan besar juga disponsor oleh abang aku (syukur alhamdulillah)


Permainan boling lanjutan juga disponsor oleh abang (terima kasih daun keladi...senyum lebar2)

29 Dec 08
Bergembira di Taman Tema CosmoWorld, Berjaya Timesquare
Gambar diatas bukan taman tema itu...tapi gambar yang tak sengaja aku ambil semasa kejadian. Ingat kejadian seorang wanita didapati jatuh dari tingkat 10 di berjaya timesquare?ya, aku berada ditempat kejadian..selepas puas terpekik2 dan pening2 kepala didalam taman tema,kami menuju ke surau ditingkat 7 dan aku dapati orang ramai berlari2 untuk melihat ke bawah..kami yang tidak tahu menahu juga melihat kebawah sambil kutuk2 mereka yang kelihatan teruja itu tanpa mengetahui perkara sebenar. Selepas solat kami turun untuk mencari sumber untuk mengisi perut..kelihatan orang masih ramai mengerumuni sesuatu,semakin kami hampir kami terlihat seorang perempuan cina terbaring,berdarah dan sedang diberi bantuan pernafasan dengan barangan kelilingnya sudah hancur bersepai.

sampai sekarang aku masih terbayang wajah perempuan cina itu..dan kami hanya dapat makan di mcD seksyen 2,shah alam (lama tahan lapar sebab rasa sebu tak nak hilang)

30 Dec 08
Dapat panggilan dari bos,Klang
Tiada Gambar kerana sedang bercakap dengan bos, dan berita yang diterima sangat lah tidak mengembirakan..(akan dicerita di entri lain kerana masih sedang memikirkan tentang situasi yang memeningkan otak)


Sekian dulu untuk percutian dan aktiviti tanpa duit ini.

No comments: