Jan 15, 2009

Rasa macam nak pukul orang



Pagi yang sakit (sakit bulanan aku kembali menyerang...)
Pagi yang terindah hanyalah sementara (lepak sambil makan dan berbual)
Pagi yang memeningkan kepala (mesyuarat dgn jabatan kesatuan ttg perkara sebelum aku wujud pun ada)

Selesai urusan berjalan menuju kereta antik aku setia menanti dibahu jalan, ya...bahu jalan ok. Serta merta terlihat surat cinta dari secret admirer yang malu2 menunjukkan muka lantas membuatkan aku ingin menyanyi lagu yang terindah hanyalah sementara - erra fazira.Dan lagu ini ditujukan khas utk Majlis Bandaraya Shah Alam dengan ucapan "Pukul kang!!"

Aku tengah sengkek ni...kena bagi kerajaan RM60 lak,atas kesalahan "Menyebab atau Membenar Mana mana Kereta Berhenti di Mana mana Siar"(sila rujuk gambar diatas)weh!korang nak kena pukul bertubi2 kat mana mana ke?(sesi latihan dialog dalam hati semasa beratur dikaunter bayaran saman nanti)

kereta antik aku takkan menyebabkan Mana mana kereta berhenti semasa aku parking la...kecuali la kereta antik tu meragam dan berhenti tengah2 jalan (yang ni minta maaf awal2,tak dapat nak elak ok)

Sekarang mood untuk berkerja sudah tinggal separuh(masih menyanyi yang terindah hanyalah sementara..)maka blog ini bakal penuh dengan entri2 aku hari ini.

Nota kaki: kalau aku peram saman ni boleh tak?sampai aku ada duit nak bayar la..atau buat2 lupa?boleh masuk tv sambil tutup muka ngan surat khabar...

3 comments:

♥S@R@♥ said...

hr masa cuti raya akak pun kene kt bandar mersing..notis 14hr je byr..
tp xbyr2 gak..huhu

fiqza_dnz said...

waduhhh....biasa la itu...asal suke suki jew parking kat mana2...ingt shah alam tu....gurun_kedah ke...xkan kena saham klu suka2 nak parking2...lain la gurun_kedah parking pasaraya pun free...huhu

luluchen said...

masa parking tu mmg la suka2...lepas parking je yg xsuka.pasni azam nak perap lama2 la