Jan 21, 2009

Siri bercakap dengan Mak

2 Petang.Menonton tv(time2 mcm ni banyak cerita utk suri rumah).Baring dan bosan.

Aku: Mak,plagiat tu apa?
Mak: Hah?(mata melekat kat tv)
Aku: Makna plagiat tu apa?
Mak: Hah?(masih tak nak pandang aku)
Aku: Takda la..terbaca aritu kat blog
Mak: Blog tu apa?
Aku: Hah?(pandang mak)
Mak: Blog tu untuk apa?(mak pandang aku)
Aku: Hah?(Saja nak tarik perhatian dia sebenarnya)

Aku rasa suri rumah la yang paling banyak komplen pasal cerita2 kat tv ni,banyak sangat cerita luar negara.Tapi mereka jugak la yang setia depan tv...tiap2 episod lak tu.Nak buat macamana kan...rumah aku takda astro,sinetron dan drama venezuela je hiburan tv yang ada(bosan,terpaksa tengok,dah faham cerita kena lak tengok tiap2 hari)maka,komplen mereka tu memang berasas la kadang2.

Menurut sumber

Plagiat atau plagiarisme atau penciplakan adalah penggunaan gagasan, informasi atau tulisan orang lain tanpa memberi informasi yang cukup tentang sumber aslinya.

Nota kaki: Sesi dialog ini berakhir dengan penerangan kepada mak tentang blog dan mak tidur semasa proses penerangan itu.

Nota tambahan: Mak merupakan kamus bergerak aku.Nama pun mak kan,kalau boleh semua nak tanya kat dia walaupun dah tau yang dia tak tau.

4 comments:

Zaini said...

wah. ada siri bercakap dengan mak.

=)

luluchen said...

siri bercakap ngan zaini pun blh gak...cakap la..

Anonymous said...

bila nak buat siri bercakap dengan jin plak, blehbuat buku jual, kaya

luluchen said...

buku siri bcakap ngan mak pun blh laku pe,blh paksa mak bg duit sampai kaya..yahooo