Apr 7, 2009

celah - mencelah

Masa yang dinanti - nanti, cuti!!yahooo!boleh berpoya - poya setelah bertungkus lumus memerah keringat, tulang empat kerat sehingga menitik peluh betina (nak tunjuk rajin sangat la tu kan..)

Arakian, keluar lah si puteri lulu (ala2 julia juli tv9 ok!) untuk berpoya2 bersama keluarga tercinta beliau...

Sabtu, 4 april 09


Mak yang mula terjebak sama dalam sesi 'bergambar' di pintu lif yang cantik..dan jualan murah yang banyak barang murah - murah...banyak ok!(lagi sekali..banyak aku beli ok!)tak payah la barang2 tu pun nak 'bergambar',cukup la aku letak mereka dalam almari 'selalu roboh' aku tu..(angin satu badan la kalau nak kemas balik bila dia roboh..tapi silap aku jgk,sape suruh beli banyak barang jualan murah kan)

Kami tawaf pusat membeli belah itu berkali - kali untuk melihat berkali - kali sebelum beli...kaki mula rasa geli - geli,maka kami pun kembali..(ok tak?ada rhyme kan...dalam bahasa, rhyme = ritma kan?)

Ahad, 5 april 09
Niat dihati nak hantar adik balik asrama di gombak dan terus pulang utk berehat di rumah sahaja..tapi niat tidak menghalalkan perbuatan kan (apa tu?merepek tiba2 ok..), maka pergi juga ke pusat membeli belah (mak yang nak beli ok..)

Kali ni aku memendam duit didalam dompet supaya tidak terjatuh ke tangan juruwang, walaupun barang jualan murah kedengaran menyeru dan melambai2 pada ku..(fuh!sungguh kuat dugaan itu,namun berjaya dilalui dengan tabah)

Isnin, 6 april 09
Yahooo!isnin kan?isnin ok...cuti jugak lagi. sebab nak hantar mak kat stesen bas, aku kan anak yang bertanggungjawab (alasan boleh terima kan..). Selepas hantar mak, singgah juga lagi ke pusat membeli belah, tapi kali ni jalan lurus dan pandang hadapan agar niat tidak terpesong..

Terus beratur dengan sabar (tak ramai..bagus!tak perlu aku berhimpit dan sedut bau rambut,ketiak..haish)


Sila (wajib!) tonton filem ini...memang rm10 anda leburkan kepada juruwang itu sangat berbaloi..

Sejurus keluar sahaja dari panggung wayang,dengan langkah yg bersemangat...terus pulang tanpa memandang ke dalam deretan kedai...(takut kena seru n lambai..seram kan?)

oh lupa, belakang kereta aku baru saja dilekatkan dengan perkataan 'Whatever'. Maka semangat 'fast and furious 4' masih menebal, aku dengan muka yang bangga (hidung kembang kempis) mula mencilok segala kereta yang lembab diatas jalan raya, dengan kesan bunyi dibuat dengan mulut sendiri (aku suka bunyi bila dorg nak tukar gear),disamping cuba menampar nyamuk2 yang entah bila menginap didalam kereta (pinjam) aku.


Dan cuti pun berakhir dengan perjalanan pulang ke bangi serta merentas jalan raya yang sesak..

Nota kaki: Terkini, 3 terbunuh, 1 cedera parah dan sekor lagi aku buat keputusan untuk dijadikan haiwan peliharaan.(mungkin sebab nyamuk tu degil macam aku jugak)

3 comments:

Anonymous said...

lorr tgk kat wayang fast and furious 4? orang tgk kat umah je dalam pc..haha

-eiman-

luluchen said...

tgk wayang la gempak...baru boleh berangan,tapi nak!hehe..dgn cita x-men skali tau..suma cita la.haha tamak kan.

Anonymous said...

aku baru nak tengok kamis ni.

[ejja ishak]