Apr 10, 2009

Bila bos dah pasang lagu Greenday!

Sejak akhir - akhir ni baru aku perasan..(selama ni memang penuh perasaan je),aku akan pos entri berserta gambar, mungkin aku sudah terbiasa (audit letak gambar sebagai bukti kukuh mungkin akan menutup mulut auditor dan menjimatkan air liur aku untuk menjawab, tiru mamat bangla kerja dgn bijak ok..)dan tak perlu la aku nak terangkan panjang - panjang macam ni kan.

Dan dalam tempoh 2 bulan, kami akan tolak - tolak kerusi meja tidak lupa komputer kami..kali ini didalam bilik kami sahaja.( ya,kami bosan dengan bilik yang nak tak nak je ni) maka kami akan ubah kedudukan (ala..macam korang ubah suai perabot kat rumah bila bosan la..'perabot' kami hanya meja dan kerusi saja ok)

Sebenarnya nak cerita pasal bos baru...sejak kerja ni dah macam-macam bos aku rasa (aku tak makan orang ok..)macam - macam kerenah bos nak kena hadapi (hadapi dengan senyuman...tapi kadang2 terkeluar jugak muncung blh sangkut hanger aku ni..)

Bos baru ni nama dia ada 'Sheikh' dan boleh tau la orang yang ada darah belah arab ni selalunya badan besar dan tinggi. Muka pun ala2 mafia..eh maaf bos!ala2 Dom dalam cerita Fast and Furious 4 (saya bagi contoh yang gagah perkasa ya bos...bonus tinggi tau!) tapi nape abang sayang aku tak macam tu walaupun berdarah arab eh?ok..ok..penerangan lagi kan?takda gamba ok..

Pendekkan cerita, dengan wajah bos yang agak menakutkan tu menyebabkan kami tekun membuat kerja dengan wajah 'tekun' kami, sampai nak minta pinjam kalkulator pun cakap bisik - bisik..punya la baik 'berlakon' (masing - masing nak bonus tinggi..jangan harap la weh!).Bos keluar je dari bilik, wah..masing-masing riuh rendah..

Dan selama sebulan setengah kami membuat kajian "Mari kenal bos anda"...rupanya bos takda la seserius mana..dia suka buat lawak spontan dan kadang2 spastik.wah!boleh layan ni, tapi kena perlahan-lahan nak bergurau ok, dia masih dalam kajian kami..tapi paling membuatkan kami gembira bila pertama kali terdengar telefon bimbit bos berbunyi...

Bos layan lagu Greenday!!yeay...ini perkembangan yang baik,maka kami boleh riuh rendahkan bilik kami bersama-sama bos..dan kajian ini masih berterusan sehingga kini (masih belum berani nak riuh-rendah bersama bos).

Dan rupanya bos kepada bos kepada bos (CEO) kami juga membuat kajian terhadap bilik kami. didapati bilik ini suram, sunyi, dan pekerja tidak gembira...(ya,kami menyepi bilamana bos ada didalam bilik dan lebih-lebih lagi bila bos kepada bos kepada bos kami datang melawat ok!)Dan masa mesyuarat bos kepada bos kami (GM) mencadangkan kami agar buat apa sahaja supaya bilik nampak ceria dan kalau nak letak belon-belon pun ok(wah!nak suruh buat majlis hari jadi hari2 ni..)

Cadangan aku, letak saja bos dibilik lain, maka ceria lah bilik kami ini...(harap-harap bos tak baca blog aku ni,kalau tak gerenti bonus kosong point kosong tahun ni..tapi ada dapat ke?)


Nota kaki: Cerita pasal bos untuk entri kali ini adalah disebabkan aku tinggal berdua je dengan bos dalam bilik ni...bosan ok!

4 comments:

Rozita said...

salam..
dlm hidup, ada dua perkara yg kita tak boleh pilih
1) bos
2) ibubapak

jd ko kena redho dgn bos ko skrg ek :)

luluchen said...

haha..sbb tu la tgh wat kajian kat bos ni,nak kn faham dia ler..adei

eiman@nurizan said...

duk berdua jer? nasib tak kena cekup.. wakaka

Anonymous said...

ele2..dia pun dok bdua ngan cik kupu2,hihi

xpe,bilik ni penuh dgn kaca..smua org leh tgk.kt xmain cekup2 dgn bos ea.

-lulu-