Jun 11, 2009

En. Ketua Jabatan takda! anak buah En. Ketua Jabatan jadi Ketua Jabatan

Hari ini bosan (eh, mana boleh bosan bilamana Ketua Jabatan kau takda dalam pejabat?!)ok, mula balik...


Hari ini tidak bosan (lebih baik?hmmm...macam ada yang tertinggal)ok, mula sekali lagi...


Hari ini tidak bosan dan Ketua Jabatan yang bosan sudah keluar dari pejabat (ok sekarang mari jerit sama-sama...YAHOOOOOOO!)


Tadi masa dalam tandas (ilham datang tak kira tempat ok), otak aku bermentol tiba-tiba. Lantas berfikir nak buat Projek 'Ketua Jabatan takda' apa hari ini...(aku pekerja yang dedikasi ok!hehe...mengaku je la sape yang tak 'ular' bila Ketua Jabatan tak nampak). Belek-belek fail gambar dalam komputer yang tak sempat aku keluarkan.

Dan ini hasilnya...



Aku ingat nak berhenti kerja dan buat bisnes Pengapit sepenuh masa,ok tak?(kamu mahukan pengapit yang hot?yang rajin?yang kadang-kadang boleh bertukar menjadi tak hot (sebab nanti pengantin kecik ati)?Sila masukkan WANG, WANG dan WANG didalam akaun aku dan nama kamu dengan kadar segera ok..



Cucu dan Atuk yang comel...



Bila lagi nak main benda nih...seronok ok!dan boleh jadi tak seronok bila kamu terminum air laut berteguk-teguk bilamana kamu jatuh..yuuukkks!



Apabila kamu over eksaited, maka dapat naik bot pun akan membuatkan hormon endorphin kamu melompat-lompat.



Sila jangan tiru aksi ini...kamu tidak mahu mati lemas dengan not RM50 ditangan..


Ops!saya cinta kamu nasrul adli!(orang awam, sekarang boleh pegi muntah diblog lain ok...)



Ini untuk En. abang tercinta (jangan bagi alasan gugup lagi ya...)



Aku mimpi aku jadi siput yang anggun, dan ada seekor sesumpah yang dengki...lantas si sesumpah bersumpah untuk menjadi 'Stalker' kepada sang siput yang anggun.


Ni masa aku jadi calon 'penipu' dalam Seekers...Aku terdengar bisikan halus ditelinga aku, dia cakap 'Kau akan menjadi seorang bisnes women Pengapit yang berjaya suatu hari nanti...' Dan serta merta asap berkepul-kepul keluar (ok tipu...sila percaya!)




Ya, apabila kau mahukan sesuatu, bersungguh-sungguh lah untuk mendapatkannya...(walaupun selepas 5saat melihat hasilnya,kamu serta merta menekan butang 'delete')



Moral dari cerita: Apabila Ketua Balai Bomba datang untuk membuat pemeriksaan disyarikat kamu, dan kamu salah seorang yang bertanggungjawab, segeralah buat muka paling comel dalam dunia walaupun kamu bukan lah seorang yang dalam kategori comel (buat je la!...ko nak kena saman atau nak buat muka comel?)


Sekian, terima kasih.

16 comments:

en_me said...

thanx akak lulu singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww..

luluchen said...

sama2..ittewww jugak

Anonymous said...

Ai...lulu budak biak
nie kira dah xde keja ke?seronok je menaip....kalu report nie confirm xde bonus heheheh...

p/s: kalu bosan g la membaling...hehehehe

nas said...

Ya, allah buruk benar wajah time jadi siput tu...gurl sape la..kesian tul

luluchen said...

Abg tengku: Bonus utk kt tahun ni dah confirm dah brapa,huhu

Abang: gurl abg la...abg bertuah kan?

~LaDy NuHa~ said...

hahhaha, belum ketemu happy mealnya. waduhhhhh. hahahha wat gelak jek tngk gambar kawin kat atas tu sbb pengantin nye mcm kawin belakon, kecikknye org nye. hahhaah yg siput tu lakkkk, korng nih mmg kne gi audition jadi siputtt. tp yg post kt bawah tetap menjadi pujaan hatiku (bdak comel loteh yg dh blajar cara2 pakai helmet tuh).

luluchen said...

Kawin berlakon?wah!nak audition untuk jadi pengapit je nuha...hihi, audition jd siput tu masa tadika dah masuk,tp xbjaya sbb cikgu srh pakai maskot siput je,bkn jd siput...

melentur buluh dari rebung la...pakai helmet naik basikal..

suray4 said...

owh...uniform all the time!
patut la tak ikuti perkembangan fesyen sekarang..
baju berkelip2 dipadankan dengan tudung berkelip2 (2batu leh nampak)

nak muntah jap...(Food poisoning)
takde kene mengena dengan
'Ops!saya cinta kamu nasrul adli'
uwek...muntak hijau ni!
help meee...

luluchen said...

alasan muntah yang agak munasarawak..aok!

ya!(owh...uniform all the time!) sekarang ang dah faham kan,kenapa 'jangan tanya bab fashion' kat org...tapi masih pandai mix n match baju yang dah miliki selama 5~7tahun tau.

luluchen said...

dan lagi satu,

"baju berkelip2 dipadankan dengan tudung berkelip2 (2batu leh nampak)"

beb,ini bukan ang ke?masa kenduri minggu lepas?mengaku sekarang!

suray4 said...

mana tahu ni? lum upload pic dah tahu!
tetttt...anda salah!
mgu lepas baju saje yg berbatu mengerlip
sedangkan tudung hanye la bercorak ikan bawal!
kasut from london tau...'clarks'
color RED.
sedangkan baju berwarna biru kehijauan (bukan warna muntah hijau)

luluchen said...

ok sekarang ang memang makcik2 yang pegi pasar pakai baju ijau dan kasut clarks merah dari london

This is:- said...

wah lulu. mcm ade bau bakal jadi lady nas je nih. hihhiii. pastu tetiba tekak ngidam nk makan nasi minyak org. hihhii. hahahahah. alamak jdi pengapit tak leh org tua2 ckp nnt lmbt kawin( ye ke ) yo ooo je. korang due nih, sejak 2 3 4 5 6 menjak nih, post ala ala posting related ngn kawin githuuuuuu. aura dh nk dekat tuh.hahahahha

~LaDy NuHa~ said...

wah lulu. mcm ade bau bakal jadi lady nas je nih. hihhiii. pastu tetiba tekak ngidam nk makan nasi minyak org. hihhii. hahahahah. alamak jdi pengapit tak leh org tua2 ckp nnt lmbt kawin( ye ke ) yo ooo je. korang due nih, sejak 2 3 4 5 6 menjak nih, post ala ala posting related ngn kawin githuuuuuu. aura dh nk dekat tuh.hahahahha

Anonymous said...

la...nuha ngidam nasi minyak org?jom kt g kayu ke..pelita ke nak?

related dgn kawin?erk?

-lulu-

~LaDy NuHa~ said...

wahhhhh, statement nyindir ke statement nk muntah tu (kwn ngn artis) hahhahaaa. tu yg bg warning awl2 tu sbelum bace. lulu mane je latest post nih. bzzzz benar anda