Jul 8, 2009

Bilamana aku...

Masuk je kawasan HOSPITAL, aku akan seriau...sirius!dari kecik lagi.Ini sirius....wonderpet!cepat bekerjasama!

Dan semalam aku bawa 'wonderpet' a.k.a Mak untuk masuk bersama-sama(cuak ok...), Jam tujuh setengah pagi, sudah pun berjaya masuk ke dalam kawasan seram itu..(sejuk2 tangan basah ku)

Dan seperti yang dijangka...sungaian manusia! (lautan macam ramai gila2 la kan...maka guna sungaian untuk menunjukkn kuantiti yg kurang sedikit dari lautan)

Jam tujuh setengah pagi ok!jam berapa mereka bangun dan mandi sejuk gigil2 sebab shower rosak?(eh, itu aku je tu...tak tahan air sejuk,tapi aku tetap mandi ok)

HOSPITAL kerajaan...percuma dan murah, maka tak hairan lah sungaian manusia pada jam tujuh setengah pagi.

Surat rujukan diletakkan dalam bakul dengan harapan dapat berjumpa doktor dan segera beredar dari tempat seriau itu...

Dan setengah jam kemudian, nama aku pun dipanggil..."adik,nanti dua puluh lapan haribulan datang jam lapan pagi dekat sini ya"..."sini ke kakak?terus jumpa doktor ke?doktor nak buat apa kat saya?saya nak kena belah ke nanti?".

Dan kakak misi telah menjawab semua soalan aku dengan satu anggukan sahaja..."Baiklah,terima kasih kakak" (Aku beredar dengan wajah tidak puas hati + seriau, kakak ni tak tau ke aku terpaksa ambik cuti untuk hari ni...dah ketar lutut, sejuk2 tangan...dah tu aku bangun pagi dan mandi air sejuk gigil2, paling penting aku nak kena pohon cuti lagi!tidak!!habis la cuti tahun aku macam ni..)

Disebabkan aku berpuasa dari malam sebelum itu..maka kami menuju ke kafeteria untuk mencari makanan...

Dan aku terpandang ini...

Hoh!kat sini pun dorang nak 'cut' ke??tidak!!(aku dah mula hilang selera nak makan..seriau itu kembali lagi)

5 comments:

~LaDy NuHa~ said...

best ape check in spital. hikhikhik. ahahahha. vote jng tak vote. tp kan nk bertanding tuk pos ape?

luluchen said...

best la kalau spital private...

bertanding utk posmen blh tak nuha?sure surat2 utk lulu kena bakar je kan..

suray4 said...

wonderpet? dani suke ni
"pet...ma pet"

Amphenous said...

naper tak amik MC jerk cik lulu??kan sng...gomen MC kan free...kan??ntah...amph pon tak sure...but for sure amph py bayar (yer laa klinik swasta...tapi claim jerk laa...)

eh, naper nak sampai belah2 niey??

luluchen said...

mcmana nk amik MC amph..jumpa doktor pn x,dpt jumpa kakak misi je.

belah2 la..cari barang tersembunyi dlm lulu ni,hihi