Aug 18, 2009

anda...lu...sia...

Minggu-minggu akhir yang semakin sibuk...Kerja tak payah cerita lah,semuanya nak kena selesaikan sebelum aku bercuti panjang ni.

Menjelang ramadhan al-mubharak ni, aku sedang sibuk membuat persiapan diri dan jiwa...semoga kita sama-sama beroleh keberkatan ramadhan.


Minggu yang sibuk ni...dapat main dengan budak comel yang dah pandai senyum-senyum & ketawa (lesung pipit dia dalam tau)...memang hilang segala penat, budak comel baru 14 hari, seronok main dengan baby ni, bila peluk rasa tenang jiwa..baby kan takda dosa, tak macam aku...agaknya sebab tu la baby nangis bila kita pegang dia kan?


Dan sibuk jadi 'supir' mak, ayah dan adik-adik...memang sejak aku dapat lesen kereta lagi, secara automatiknya aku lah 'supir'nya. minggu ni membeli belah barangan yang perlu aku bawa sebagai bekalan...tak banyak pun, sebab kalau beli banyak nanti bila pulang ke tanah air, aku mungkin tak gunakan, daripada membazir lebih baik guna/pinjam je sesiapa...


Syarikat hadiahkan tiga beg, dari yang besar gedabak ni,sederhana dan beg galas...kalau tak cukup juga tak tau la...Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang ya!


6 comments:

ibusinga said...

alhamdulillah...semoga selamat ya dik...

luluchen said...

thanx kak izat...sory tak dtg lawat ritu,segan la nak gi tgk baby (takut kena terkam ngan ibusinga)huhu

eiman@nurizan said...

eh pegi dengan andalusia eh? mak ayah nisya pun pegi dengan andalusia.. katanya best..

nas said...

ni anak sape syg eiman ke?or adik irfan

eiman@nurizan said...

huh taip betul2 nama tuh.. confuse aku kjap camnih..

Anonymous said...

mr eiman: best2..lom pg lagi dah trasa best(baru gi kursus ngan ustaz daud)

abg: anak eman la..bukan eiman,kang mr eiman konpius...(kejap je la..)

-lulu-