Aug 27, 2009

Berbuka puasa ke mentekedarah ni?

Apa maksud mentekedarah yang sebenar-benarnya tu?pada aku kira macam melantak sakan la...Apa-apa pun aku nak ucapkan berjuta-juta lemon terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi datang jauh-jauh untuk berbuka bersama-sama.

Bukan senang tau nak berkumpul...Syukur sangat-sangat kalau dapat kumpul lebih dari dua orang macam ni. Mereka ni kawan seasrama aku (maka,banyaklah rahsia terkumpul yang kami simpan bersama-sama)

Memang kepoh & kecoh la kalau dah dapat jumpa..(tak boleh berhenti bercakap kan?banyak sangat cerita terpendam..cerita kat alam maya dengan berjumpa ni tak sama)

Oh ya, kepada sesiapa yang nak mencari calon-calon awek...inilah masanya (wei, korang!aku promote kat sini boleh kan...)hehe, mereka-mereka ni S & A. Maklumlah wanita-wanita berkejaya dan sibuk belajar tak habis-habis, takda masa nak cintan cintun kan?Tapi awas!dilarang mempermainkan sahabat-sahabat saya yang baik ini...hanya lelaki yang mempunyai ciri-ciri "lelaki idaman" sahaja yang dibenarkan berkenalan...(jadi, sesiapa yang rasa ada ciri-ciri berikut..sila lah 'berani' tampilkan diri)

Ija dan Farah



Dewi dan saya yang sudah dipunyai oleh incik nasrul terchinta

Adah (juga sudah dimiliki oleh incik darma)


Belum apa-apa, air dah dua gelas sorang...(penuh satu meja)

Ni namanya Tomyam Pok Tek (yang mana kami agak segan silu nak sebut..apa pun memang sedap sebab macam-macam ada...)

Udang goreng tempura

Satay ayam dan daging

Kailan ikan masin


Kerang bakar sambal kot(kitorang minta kerang bakar je, yang ni pesen baru punya...)


Kerapu masak tiga rasa (yang berjaya membuatkan semua orang merapu)


Dan harap maaf...gambar semeja penuh tak dapat nak tunjuk..sebab masing-masing datang bawa jin sorang dua ekor...(kira je la meja tu penuh dengan makanan untuk berapa orang makan ya)


Terima kasih ya sahabat-sahabat!Semoga ukhuwah yang terbina ini berkekalan sehingga akhirnya...sayang kamu semua!

Nota kaki: S & A = Single & Available

4 comments:

nas said...

sedapnya..lain je muka si fara tu..
dia xde pakwe ek? biar saya tlg tampilkan diri..teman spanjang 2week ni..hehe

izman said...

aku pun errr... err....

..... baguslah dapat kumpul kawan2. mesti meriah kan?

eiman@nurizan said...

nape gambar gegar2 eh? tangan dah menggeletar ke tengok makanan.. haha

luluchen said...

abg:amboi2...ada hati nak menggatal jgk tu,amik kesempatan eh

mr.izman: pi minta sign kat yg 1st tu dulu eh...kih2

mr.eiman:tau xpe..gigil2 la,dah makanan dpn mata,bau menusuk idung..nyum2