Aug 28, 2009

Assalamualaikum

Kehadapan sahabat, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik dan pembaca blog ini sekalian...

31 August 2009, jam 1500, InsyaAllah saya akan bertolak ke Madinah Al-Munawwarah dan seterusnya ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan umrah. InsyaAllah akan pulang pada 13 September 2009.
Atas tajaan Sapura Holdings Berhad, untuk itu saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana memberikan saya peluang keemasan ini. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Kepada semua, saya ingin memohon ampun maaf, seandainya pernah melukakan hati, mengguris perasaan dan mengecilkan hati secara sengaja atau pun tidak melalui tutur kata dan perbuatan...maafkan diri hamba yang dhaif ini ya!

Halalkan segala makan dan minum atau termakan/terminum dan hutang piutang sekiranya saya terlupa untuk tunaikan..
*(Minta tolong beritahu kepada saya andai masih ada hutang, saya berharap agar dapat selesaikan seberapa cepat yang mungkin sebelum saya bertolak).

Saya mengharap dengan doa kalian, Semoga perjalanan pergi dan pulang saya ini diiringi doa dan dilindungi Allah. InsyaAllah saya akan berdoa untuk kita semua....Semoga kita bertemu lagi dengan izinNya!

Selamat berpuasa! (tahan diri dari lapar dahaga...juga nafsu yang menggoda, semoga kita diredhai Allah sentiasa..)

Ma'assalamah...

6 comments:

che' moon said...

selamat pergi n balik cik lulu. =)

idura said...

semoga semuanya selamat n dalam lindungan Allah....
Amin..
=^.^=

nurizan said...

pergghh post ngam2 kul 8 pagi.. betul2 berdedikasi nih.. semoga selamat pergi dan balik yer..

Anonymous said...

alhamdulillah cik lulu..
byk2 doa n solat sunat kat sana..
selamat pergi n kembali

Amphenous said...

alhamdulilah...semoga selamat pergi dan balik yerk....

kirim salam semua yang ader saner...amin...

izman said...

bersyukurlah kerana kamu antara manusia yang terpilih untuk menziarahi tempat suci itu.