Sep 19, 2009

nak balik kampung jugak!!!

Macam dah takda sape yang baca blog ni kan...mesti semua orang dah balik kampung kan?bagi orang yang tak mempunyai kampung untuk 'balik' atau yang 'tak boleh' nak balik kampung tu, maka aku nak ucapkan "Selamat hari raya maaf zahir batin" marilah kita melantak sepenuh hati tanpa rebut rebut(tapi tu la yang bestnya kan?),dok depan tivi sambil tengok sarkis (kenapa raya je mesti ada sarkis?)

Malam ni nak kena seterika baju raya semua orang(dekat 10orang ok)..gamaknya berpeluh sakan la. Tapi bunga api tatap menjadi pojaan hati anak buah aku...rabak jugak kena pau bunga api kat pasar malam...(kenapa la asal lalu je mesti ada orang jual...pi la jual nyorok2 sikit,korang kan kena nyorok dari polis!)

Rendang ayam, rendang daging & kuah kacang dah siap!(hehe,disebabkan aku dapat cuti, Allah bagi..maka aku la yang paling 'kena' rajin dok jaga rendang sampai siap, peluh tiak makcik!)kuih raya dah siap dalam botol2 tinggal nak tanggalkan selotape dan susun dalam balang kuih yang cantik2...

Biskut mery pun ok kan?letak la coklat hershey tu byk2...sure habis!(ni kira stock nak last raya la...sebab biskut suma tinggal serdak)

ok nak kena siap2 orang nak berbuka pulak....(aku kan 'tukang rasa' air untuk orang berbuka)

3 comments:

Amphenous said...

ayat rendang ayam tuh macam best...macam nak mintak sket...tapi biler ader perkataan :peluh tiak makcik" terus amph cancel...keh3...padan laa...keh3...

eiman@nurizan said...

takpe nanti dah kawin bleh la balik kampung puas2.. siap duduk dalam jem berjam2 plak.. haha

luluchen said...

amph: tu perasa tambahan..yg buat sedap tu la dianya,kat kedai2 tepi jalan tu pun mcm tu la gak..bezanya 'peluh tiak' tu bukan sorg je...ramai tau!

mr.eiman: baru la blh nyanyi lagu 'balik kampung' berulang2