Oct 1, 2009

Hadiah teristimewa dari si dia

Selamat hari lahir cik kupu-kupu!Semoga panjang umur untuk beribadat, dimurahkan rezeki yang halal dan diberkati Allah selalu...(malam ni kita cucuk lilin atas kuih bahulu mak akak je la ya?)

Tapi malam tadi, aku pula yang dapat hadiah istimewa...yang kali pertama diberikan oleh si dia.(selepas ini tak tahu lah berapa kali pula dia nak hadiahkan), seperti biasa aktiviti bersembang,bergosip,bergaduh manja,beramah mesra lah senang cerita bersama si dia didalam talian...(dah si dia jauh,talipon bimbit lah penghubungnya).

Arakian lah kisahnya...sedang kami berbual-bual,tiba-tiba terdengar satu bunyi,aku dengan wajah tak bersalah dan terpinga-pinga(otak sedang sedaya upaya menafsirkan bunyi apakah itu...)Si dia sudah pun bergelak ketawa riang gembira (jaga abg!)Dan setelah dianalisa, aku telah menerima hadiah istimewa yang tak berapa nak istimewa...(terima kasih ya!silalah bagi lagi...dan kita boleh balas membalas hadiah kan?)

Oleh kerana aku tak terkena kesan lanjut dari bunyi itu...maka aku dengan rela dan reda(terpaksa) menerima hadiah istimewa tersebut. Maka tidur malam tadi dengan senyuman,sengihan,gelak ketawa tapi tahan-tahan.

9 comments:

nas said...

woi nape cite, buruk tul..balas ek..haha..

eiman@nurizan said...

apa adiahnyer?

Anonymous said...

tanya kat tukang bagi hadiah lah

-lulu-

nas said...

hehe, bro rahsia besar tu...x blh bgtau...biarlah rahsia ckp siti nurhaliza..haha

afendi ariff said...

masa la ni kentut pun wangi...heh!

nas said...

afendi sape kata kentut..hampeh la ko ni bro..

luluchen said...

afendi: dalam phone tak boleh bau la

abg: aik?terasa lak dia...

♥S@R@♥ said...

lupa lak..mlm tunggu gak cahya lilin kuar tp xkuar2..hehe

pe2 pun thanks for wish.. ;)

luluchen said...

tggu blackout nnt kua la cahaya lilin tu,hihi..dh try dh cocok lilin tu kat bahulu,tp besar lilin dr bahulu..apa crita?