Nov 9, 2009

Kemaskini: Adik atikah

Hari ini dah masuk dua puluh dua hari adik di hospital Kuala Lumpur...

Kini limpa adik pula didapati bernanah dan perlu dibuang...

Tapi doktor sebolehnya tak nak buang sebab adik ada kencing manis, risiko untuk dapat penyakit lain mudah sangat...

Aku pun bukan tahu sangat pasal penyakit ni, setakat buat rujukan kat buku-buku atau tanya orang je la...

Hari ini dapat berita, adik telah pun dimasukkan ke bilik bedah...

Doktor cuba tebuk limpa adik untuk masukkan tiub supaya nanah boleh mengalir keluar...

Kasihan si kecil ini...Tapi adik kuat, sikit pun tak menangis...

Cuma kadang-kadang tu bila dia demam panas, dia akan meracau...

Sakitnya hanya Allah je yang tahu...

Semua yang masuk wad sama dengan adik dah boleh keluar...

Hanya adik je yang masih ditahan...

Aku faham perasaan adik, walaupun dia jarang nak tunjuk tapi budak kecil macam dia...

Macamana pun orang bagi semangat, hati dia tentunya sedih...

Alhamdulillah adik tak patah semangat...

Keluarga sekarang dalam usaha untuk dapatkan pengadilan untuk adik...

Silalah lihat hospital sungai petani!inilah hasil dari 'kepakaran' doktor kamu!



p/s: ada sesiapa yang boleh tolong, macamana nak hubungi jabatan-jabatan kerajaan atau mana-mana pertubuhan yang boleh bantu kes adik?

2 comments:

Watierman said...

Salam Lulu...Apa Khabar DIK?...Moga Adik juga kuat dan tabah menghadapi semua ini.Bagaimana pila dengan Nas?? Moga apa yang pihak doktor usahakan untuk Adik Atikah diberikan kejayaan dengan izin dariNYA!Insyaallah!

Akak tidak tahu mahu komen apa untuk bahagian yang terakhir itu....

Moga apa yang diusahakan...akan diberi kemudahan ....semuanya dengan izin dari nYA!! Amin!!!

Salam Buat Adik dan Nas. Jaga diri Lulu baik2 yer DIK....moga Allah memberkati segala usaha Adik...Amin!!

luluchen said...

InsyaAllah..harapnya mcm tu lah.Terima kasih k.watie coz sentiasa amik berat.

Abg pun still dalam wad,kaki dia belum ok lg, nak kena operate kali kedua.

So buat masa sekarang ni,lulu just ulang alik pg HKL la,kesian kat adik takda sapa nak tengok...'hari2 dia tanya xda sape nk dtg tgk adik ke'