Nov 9, 2009

Siri bercakap dengan diri sendiri

Nak cerita pasal hujan...

Bukan kumpulan hujan ok,aku tak suka kumpulan hujan.

Sekarang musim hujan, Macam nostalgia tu datang balik lah kan...

Tiap kali hujan, aku mesti curi-curi mandi hujan kat belakang rumah...Rumah aku dulu ada 'benda' tepi awning yang untuk takung air hujan lepas tu mengalir ke longkang...aku tak tau apa nama benda tu...tapi yang pastinya air yang mengalir tu memang deras lah, air hujan campur apa tak nak ambil tahu...(nama dia kelong kah?macam bukan...tapi macam tu la)

Dulu masa kecik aku selalu ingat benda tu air terjun...shower kat bilik air pun aku panggil air terjun.

Lepas mandi manda kat 'air terjun', aku main hujan tengah lorong sambil jerit-jerit panggil geng-geng selorong...Tapi kadang-kadang mak dorang yang keluar bawa rotan. Aku pernah kena dengan makcik peah, berbirat jugak la betis aku ni...dah la pakai seluar pendek..pedih tau!

Oh ya, makcik peah adalah jiran sebelah rumah...ustazah sekolah agama dan ustazah mengaji,aku agak gerun dengan dia...dia selalu kejar anak - anak dia dengan rotan. Disebabkan aku selalu main dengan anak dia,maka aku pun kena kejar sekali lah...Makcik peah tak adil kan?(tapi aku juga yang ajar anak dia bakar mercun dalam tandas rumah orang, masa tuan rumah tu tengah mandi...)

Sampailah satu hari, sedang aku syok2 mandi hujan bawah 'air terjun' sambil panjat pagar dawai..entah macamana kerusi yang aku pijak tu beralih, apalagi...meraung sekampung la aku...pedih tau, dawai besi yang karat tu tercucuk kat tiak!

Ayah bawa pergi klinik, kena inject..aku penakut jumpa doktor, maka ayah upah dengan aiskrim dalam bekas plastik putih besar tu (untuk aku sorang je tau) dan sumi jelly sepaket besar...Aku terbaring, demam seminggu dimusim hujan. Sedih sebab tak boleh main hujan...

Lepas tu aku dah serik nak mandi hujan berdekatan dengan 'air terjun',tapi kadang-kadang teringin juga...mengenangkan tiak yang dah bergaris panjang terus batalkan niat. Mandi hujan belum serik lagi...mandi tetap mandi.

Paling seronok bila mandi hujan adalah lumba basikal...siapa yang duduk belakang akan kena siraman tayar basikal..(basikal kan ada plastik penghalang kat tayar, tengok sendiri la kat basikal), hitam-hitam muka dan baju...

Dulu, kalau hujan pada malam jumaat, aku cepat-cepat ambil teko kemudian letak kat atas bumbung rumah...Mak kata hujan pada malam jumaat adalah hujan rahmat. Tapi hujan hari apa pun rahmat juga kan?Dan air hujan tu berebut-rebut kami adik beradik minum...baca selawat dulu!

Dan sebelum aku berumur 21tahun, aku ada buat "senarai benda nak buat sebelum umur 21tahun" salah satunya adalah mandi hujan!

Dan aku telah dapat sempurnakan aktiviti mandi hujan sebelum umur 21tahun!walaupun tak dapat jerit panggil geng-geng selorong...

(Orang kata bila umur 21tahun,kita akan dapat kunci 'kebebasan'....yeke?dah besar la tu kononnya, nanti malu nak mandi hujan tengah2 lorong dah...dulu ayah bagi hadiah loket bentuk kunci kat mak masa mak umur 21tahun, dan mak bagi kat aku loket tu masa umur aku 21tahun...cumanya mak dah cairkan dan ubah bentuk loket tu jadi bentuk love,lepas ni aku akan bagi kat anak aku bila dia umur 21tahun,wah!turun temurun kan?tiba-tiba je cerita takda kena mengena dengan hujan kan...).

Tapi awas...jangan mandi hujan yang dah lama tak hujan tiba-tiba hujan, boleh demam kamu nanti, kimia-kimia dah terserap dalam hujan tu,buat penyakit je (Sumber dari pakar mandi hujan - aku)

Sekarang, macam teringin nak buat semua tu lagi...lari-lari dalam hujan sampai habis segala lorong dan lompat-lompat atas lecah...kena kejar dengan makcik peah,jerit-jerit panggil geng selorong...

Seronok jadi kanak-kanak kan?

1 comment:

suray4 said...

pagi yg gelap...kini sudah terang,aku adik dah engkau abng!
bla..bla..bla...