Dec 31, 2009

Karenah berokrasi?

Hari ini hari terakhir untuk tahun 2009...


Hari ini di kamar pejabat yang dihuni oleh tujuh dewasa telah berlaku sesuatu...



Penghawa dingin telah menemui ajal!



Ya!satu-satunya sistem penyejukbadan,penyejukhati,penyejuk tiak,kaki,tangan basah telah mati...(yang sebenarnya mmg dah rosak..tunggu ajal je)

Cuba buka tingkap yang kelihatan 'macam nak tertanggal skru'...

Oh!tiada angin...maka,tiak..kaki...tangan sudah mula berair.

Segera mendail jabatan yang bertanggungjawab untuk melaporkan kejadian.

Seperti biasa, isi borang...minta tandatangan segala bos yang ada...

Semuanya perlu dilakukan sendiri tanpa menunggu orang bertanggungjawab (kalau tunggu alamat banjir peluh dalam bilik ni pun belum tentu dapat tandatangan segala bos,tu belum campur dorang nak buka 'buku permintaan kepada pembekal')Ya...ya..faham,kamu semua banyak urusan lain dan terlalu sibuk.

Setelah selesai semua urusan;

En. bertanggungjawab: Baiklah cik...kami akan segera memanggil orang untuk membaiki penghawa dingin di pejabat cik (bulan lepas bukan janji nak tukar baru ke?)

Cik yang panas(baca: hot!): Bila tu?minggu depan boleh?

En. bertanggungjawab: Tahun depan!ahahahaha...(gelak2 senang hati sambil pusing2 kerusi)

Cik yang panas: eh...kelakarnya! (ko tak tau aku dah terbakar nih)

En. bertanggungjawab: Sebenarnya cik, perjanjian kita dengan pihak kontraktor dah tamat minggu lepas...maka segala urusan pembaikpulih penghawa dingin diseluruh banggunan ni tak boleh dilakukan...dalam tengah bulan depan mungkin selesai.

Cik yang panas: Eyolah,tu bukan masaelah den...minggu lopas punyo perjanjian tak kan sobulan satu biliek kono tahan panas..eden dah sabar dari bulan lopaih laie,kato nak repeles baru...hari-hari den kono tiow dengan bos den,jumpo den tanya aircond...den bukan suko sangat kek akon tu(kan dah keluo den punyo minang,walaupon...)

En. bertanggungjawab: kami kena minta dan tunggu tandatangan dari segala bos dulu...lepas tu kena sediakan kertas kerja...bla..bla..bla..

Cik yang panas: baiklah...baiklah...plis (plis...plis...plis...kamu jangan nakal...)sediakan bajet untuk beli kipas angin sekali ya!untuk bek kap!

Cik yang panas pun pergilah mengadap bos yang menantikan jawaban di kamar yang panas...

Cik yang panas: Bos, bla...bla...bla...(seperti jawaban En.bertanggungjawab)

Bos: Eyolah...apo kono eh jang...ok oi..ayam den lapeh...

Cik yang panas: haik?bos bukan asal ganu ke?kelakang lah bos ini...hik..hik..hik...


(Perbualan dengan bos adalah khayalan semata-mata,kerana cik yang panas belum bercakap sepatah pun dengan bos, harap-harap bos terlupa nak tanya, walaupun bilik ini semakin panas)



Baru tadi ternampak bos keluar..katanya mahu ke jabatan yang bertanggungjawab!huhu...bos pun sudah panas nampaknya...

Kemaskini : Baru terima panggilan dari jabatan bertanggungjawab..."Cik, sebentar lagi 'orang' yang nak baiki penghawa dingin tu datang..." (dah tak payah nak tandatangan perjanjian ke?)

Oh ya, SELAMAT TAHUN 2010 SEMUA! (jangan lupa malam ni solat sunat gerhana bulan)

*Kemaskini: hari ini 5 Jan 10, dan penghawa dingin yang dikatakan sudah dibaiki masih lagi mati!rasa macam nak heret orang-orang yang bertanggung jawab ke bilik ini dan kunci depa satu hari..bagi depa rasa sikit ayaq mengalir dari rongga2 depa.

2 comments:

iZFaiez said...

ko tak yah soh dia tukar air-cond baru..ko soh dia tukar workstation dia ke tempat ko..baru dia tau bila celah kangkang dia berair+belengas sgla..hampeh!!i damn hate this situation..ko sepatutnya tunjuk kad kuasa ko dr awal so that dia akn menurut perintah

luluchen said...

kan...aku tunjuk manila kad tu kat muka dia baru tau!hehe

xleh la tunjuk2 sangat...kita kan orang - orang kecil,layan je karenah krengkongkeng dorg tu..