Aug 25, 2010

Mengatasi masalah 'Service Currently Not Available'


Bijak kan?

Sekarang rumah kongsi aku sudah takda masalah 'Service currently not available' lagi...Bukan sebab kitorang dah letak payung pasar tani kat piring kelabu itu. Tapi disebabkan tiada astro lagi dirumah kongsi, pemilik astro sudah berpindah rumah. Maka, aku dengan bangganya menawarkan tv 14inci aku untuk menggantikan tv 32inci yang berpindah.

Bersusah payah angkut dari bilik ke ruang tamu..pasang wayar...lap habuk (lama tak guna), cari remote control...Ok siap!senyum-senyum sebelum tekan punat 'on'. Hah!ada bunyi...ok, antena mudah alih di alih-alih supaya lebih jelas...

Apa pasal kepala kecik badan besar ni?sejak bila siaran dalam tv ni mengecut?tak kan 'Service currently shrinking' kot?Setahu aku antena mudah alih ni takda piring tambahan kat luar rumah pun.

Tidak!!!tv 14inci dah rosak...Habis kepala zizan kadiaq jadi besar badan kecik, mia ok lagi lah..still comel. Apa nak buat?makan roti lor...

Zaman dulu (ceh macam lama sangat kan...)ayah beli tv 14inci terpakai (dulu tv kan mahal)tv tu selalu buat hal...Sekejap siaran hilang, sekejap dia jadi biru, sekejap tak dengar apa-apa. Cara mudah nak kasi elok adalah dengan tepuk-tepuk, ketuk-ketuk sampai dia ok..Dan ternyata berkesan.

Tu lah satu-satunya tv yang ada..siap bertampal dengan selotape kuning lagi sebab dah selalu sangat kena tepuk-tepuk, maka tv terbelah menjadi dua..

Tapi sekarang tv aku bukan sekejap siaran hilang, sekejap biru, sekejap tak dengar apa-apa...masalah yang ini belum pernah dihadapi lagi ni. Siaran tv aku mengecut!tepuk-tepuk pun tak berkesan.

Maka sunyi sepi lah rumah kongsi...Aku yang duduk rumah sorang-sorang lah yang bosan tak tahu nak buat apa. Rakan kongsi masing-masing ada hal...tak duduk rumah, Oh tidak...betapa pentingnya tv kan?sebenarnya tak lah penting mana..tapi disebabkan kat rumah kongsi takda aktiviti lain lagi yang nak dibuat.

Cadangan untuk membeli tv baru sangatlah jauh untuk dipertimbangkan...dah nak raya kan, nak balik kampung perlukan kos(macam jauh sangat),duit raya..baju raya..kasut raya..kuih raya..kerepek raya..jalan-jalan raya..Senang cakap semua pasal raya perlukan duit.

Apa nak buat?tidur awal lah gamaknya tiap-tiap hari...

No comments: