Salam Ramadhan,
Setakat ini saya baik baik saja, alhamdulillah...
Banyak menaip dalam blog hitam, atas sebab banyak cerita pasal hati...
Akibatnya blog putih terbiar...
Hari minggu balik kampung (sekarang dah boleh cakap "nak balik kampung!")
Sekarang saya dah ada teman tidur...
Tiga!campur saya empat!
Ramai kan?
Takpe, katil saya saiz permaisuri...
Diorang tidur atas lantai, bukan saya tak bagi tidur atas katil...
Lebih selesa tidur di atas lantai agaknya...
Walaubagaimanapun tiada usaha menaik taraf status tidur diorang...
Lantai pun dah cukup bagus...
Beberapa kali juga diorang ini diusir dari bilik...
Degil yang teramat...tak nak keluar.
Masuk ni dah tiga bilik diorang menginap.
Bilik saya yang terkini.
Sarapan pagi, Makan tengahari, Makan malam, Makan tengah malam semuanya disediakan.
Mungkin diorang dah penat tidur hotel,
Nak cuba Homestay pulak agaknya...
Ramai-ramai ucap hai pada teman tidur baru saya!
Nama: Mak Kucing
Status: Janda (suka kawin lari lepas tu beranak ramai2)
Anak terkini: 7, 5 mati 2 hidup
Anak sebelum: Tak diketahui berapa...tapi memang banyak.
Tempat tinggal: Bilik saya
nota nangis dalam hati: En. nas sakit : (
2 comments:
padan muka kamuuuuuuuu!!!!!!!!kene tpu pn pcaye lg
so?what ur problem anyway?
Post a Comment