Dec 1, 2010

Entri bergambar XXX

Salam December! Nak habis tahun dah kan...Apa yang telah anda capai untuk tahun 2010?wah...mukaddimah nak lawan Dr. Fadhilah Kamsah je kan. Kali ni takda kontroversi nak kalah kak eton sameon mahupun gambar panas...gambar paling panas pun berjemur bawah mentari je. Saja kasi tajuk triple X kan...Disebabkan lama tak update,ni nak update kronologi selama dua bulan...

Sakan mendaki bukit Broga...seawal empat pagi dah bangun,lepas solat terus mendaki. Semangat nak hapuskan lemak degil, punya lah laju naik...dua puluh minit ok!berjalan laju tanpa henti. 1.7KM walaupun tak jauh tapi curam...Naik laju-laju sebab nak kejar sun rise, sampai atas dah penuh orang.Bergambar tak hingat..sampai kamera aku merajuk lalu bunuh diri (takda la dia terjun bukit tu,tapi aku yang jatuhkan....aaaarggghhh!!nak kamera!nak kamera!)

Naik punya la laju...nak turun mula la gigit jari,curam tau tak!adala dalam dua kali aku jatuh terduduk..sakit pungk*k!!tambah malu kat orang belakang lagi...haiish!tapak kasut aku pun macam hidup segan tercabut tak boleh!mana boleh tercabut..dah la kamera bunuh diri...kasut pun nak menaya aku. Tapi puas hati la...cuma tak naik Gunung Tokwan je lagi, 4.7KM tu..lepas ni rasanya nak repeat balik. Sapa-sapa yang nak naik ajak aku ok!plus, tolong bawa kamera...aku nak menumpang..hihi.


Sebulan yang lepas sibuk dengan konvensyen ICC, siapkan projek bagai...kalah orang nak bertanding pilihanraya lah. Kumpulan aku kalah dalam peringkat ni,yolah..bertanding dengan orang-orang otai...projek dorang pulak projek production. Lain kategori lah weih! tapi takpe, janji seronok. Sebelum tu ada peringkat mini, yang mana kumpulan aku menang!dan aku jadi model yang tak sempat tersungkur ke simen, disebabkan wayar melintang yang dengki dengan aku tu...sempat lagi cover keayuan...

Dalam konvensyen tu ada anugerah perkhidmatan...salah sorang yang dah membanting tulang selama lima tahun dan layak untuk menerima anugerah tu aku. Hadiah dia jam mengherlip!terima kasih kepada majikan dan yang memilih jam lip lap chantik tu ya!gambar jam belum dapat nak dimasukkan...entri lain lah.

Yang kena bulat tu la budak yang dah membanting tulang selama lima tahun tu...takda la tulang sangat,lemak tepu degil makin banyak jugak.

Disebabkan lemak tepu degil makin membiak, terpaksa juga lah aku aktifkan diri untuk bermain futsal. Bukan reti sangat pun. Dorang kata sepak je!aku pun sepak je lah...kaki orang pun aku sepak jugak. Menang tau!penjaring terbanyak lagi tu...Seronok juga futsal ni,tapi penat lari keliling padang, yela..orang tak reti main kan..mana bola pergi situ la kitorang lari.


Cik kupu-kupu kawen!Berempat naik kereta, balik hari je...perjalanan lima jam setengah campur berenti minum,tandas,isi minyak, ambik penumpang...Alhamdulillah, semua selamat. Tahniah & Selamat Pengantin Baru Cik kupu2!Selamat menempuh alam baru, semoga berkekalan hingga akhirnya.


Ada lagi kenduri makan berhidang...pertama kali jumpa dan jarang-jarang nak jumpa dah sekarang, memikirkan perjalanan kami yang jauh itu,maka makan pun macam tak ingat esok lah. Apa yang dihidang semuanya licin...

Tak dapat nak makan makanan laut macam selalu bila balik kampung endau...Nama pun kenduri kan,tak kan nak hidang seafood kot. Apa pun semua sedap!Sempat lah kitorang ke jeti, jalan-jalan tepi laut..hajat nak makan ketam goreng, tapi tak dapat (bukan musim lah),balun udang goreng je lah...


Dapat jumpa Remy Ishak!yeay!walaupun dari jauh...Rezeki,dapat tiket percuma. Tempat duduk pun kat bawah, belakang Sultanah Nur Zahirah. Kisah natrah ni aku pernah baca kat surat khabar je, menarik juga kisah Natrah ni...


Cuma Erma Fatima dah gubah sikit untuk teater dia. Keseluruhan memang puas hati, lagi-lagi P.E.R.C.U.M.A kan..tapi kalau tak percuma pun memang aku nak pergi tengok. Aku cadangkan kepada sesiapa yang berminat tentang kisah hidup si Natrah ni, pergi lah tengok...tak rugi,dapat tengok Remy menari akward lagi


Lepas teater, ada sesi tandatangan..tapi aku takda la beratur. Duduk depan sebab nak ambik gambar remy je...(tu pun bukan kamera aku, sebab kamera aku dah menemui ajalnya di puncak Broga hill.)


Hai remy!mekap kan i boleh?

Port Dickson...Berkhemah, berBBQ binatang-binatang,tapi kambing paling buat aku meleleh air liur, Banana boat, Storm Rider, Radio buruk lagi la kelakar...memang buruk betul ayat-ayat yang sampai kat telinga masing-masing, Teka lagu yang team Diva asik menang je,mana taknya..lagu stok 70an punya...melopong je la aku, Berenang, Netball air yang kepoh dan kecoh, Galah panjang pun dalam air...Dan beg aku basah kena air!pagi tu hujan walaupun dah gantung tangkal besar!!(tangkal tu rahsia la kan...hanya yang pergi je yang tahu)habis baju nak balik basah..nasib la ada orang bawa baju spare.

Inilah yang dikatakan menconteng arang dimuka!jadi mangsa la aku,tapi sebelum tu aku dah calit dah kat muka orang lain..haha,balasan...Apa pun semuanya berakhir dengan senyuman diwajah...







Nota kronologi: baby bushuk aku je yang monyok sekarang ni...musim kot?hehe...i love u!cak!

2 comments:

Anonymous said...

bkn ko gado besar ke ngan sara??

Anonymous said...

minat betul ko ngan idup aku ea?hi peminat!